PH cuba alihkan beban kegagalan Lim Guan Eng kepada penjawat awam

Masalah ekonomi yang melanda negara metida ini disebabkan kejahilan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan PH sendiri dan perlu diatasi dengan pengakuan bahawa tindakan beralih ke sistem SST dan melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan punca segala kemelesetan. Sumber (gambar): TTF

Pada bulan Mac 2017, Guan Eng menipu rakyat dengan dakwaan kononnya kerajaan mampu beralih daripada sistem GST ke SST kerana menerima lebih RM20 bilion simpanan daripada pengurangan subsidi minyak masak dan gula.

Perkara ini tidak masuk akal, kerana pihak pentadbiran sebelum PRU14 berjaya mengaut pendapatan sebanyak RM44 bilion sepanjang 2017 berbanding sistem SST yang hanya mampu membawa masuk sekitar RM5.4 bilion bermula bulan Jun 2018 hingga ke 31hb Disember tahun yang sama.

Ini bermaksud pendapatan negara menerusi sistem SST, sekiranya dianggarkan secara kasar bagi seluruh tahun 2018, hanya 24 peratus daripada pendapatan sepanjang 2017 menerusi sistem GST.

Biarpun ditambah dengan dividen khas RM30 bilion dari Petronas yang ‘dirompak’ kerana kegagalan SST, PH masih tidak mampu menandingi kemampuan sistem GST dan sekrang sudah mula mengorat langkah mengalihkan beban kegagalannya kepada sektor Awam.

Alasan Wan Azizah bahawa langkah menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu adalah bagi mengecilkan perkhidmatan awam untuk mengurangkan beban pencen tidak dapat diterima kerana masalah yang dihadapi PH bukannya disebabkan perkhidmatan awam.


SUBANG JAYA: Dalam pada rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi, kini timbul desas-desus kononnya Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu mungkin dihentikan bermula tahun depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, cadangan tersebut masih dalam peringkat kajian dan akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan.




“Saya difahamkan ia akan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak, kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

“Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet, kita akan perincikan kemudian,” katanya selepas melancarkan program Women in Business (WinBiz) di sini hari ini.

Perkembangan ini jauh tersasar daripada janji-janji manis yang ditaburkan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 di mana rakyat diberi kepastian bahawa kos sara hidup mampu dikurangkan dengan pemansuhan tol, hutang PTPN dan sebagainya.

Sebaliknya, bukan hanya segala janji tersebut tidak ditunaikan, DAP, yang turut berkuasa menetukan halatuju ekonomi dan kewangan negara menerusi Setiausaha Agongnya, Lim Guan Eng, dilihat lebih giat berpolitik dan mengapi-apikan semangat kebencian menerusi pelbagai kenyataan bersifat rasis dan anti-Islam daripada memantapkan ekonomi negara.

Pada bulan Mac 2017, Guan Eng menipu rakyat dengan dakwaan kononnya kerajaan mampu beralih dari sistem GST ke SST kerana menerima lebih RM20 bilion simpanan daripada pengurangan subsidi minyak masak dan gula.

Perkara ini tidak masuk akal, kerana pihak pentadbiran sebelum PRU14 berjaya mengaut pendapatan sebanyak RM44 bilion sepanjang 2017 berbanding sistem SST yang hanya mampu membawa masuk sekitar RM5.4 bilion bermula dari bulan Jun 2018 hingga ke 31hb Disember tahun yang sama.

Ini bermaksud pendapatan negara menerusi sistem SST, sekiranya dianggarkan secara kasar bagi seluruh tahun 2018, hanya 24 peratus daripada pendapatan sepanjang 2017 menerusi GST.

Biarpun ditambah dengan dividen khas RM30 bilion dari Petronas yang ‘dirompak’ kerana kegagalan SST, PH masih tidak mampu menandingi kemampuan sistem GST dan sekrang sudah mula mengorat langkah mengalihkan beban kegagalannya kepada sektor Awam.

Alasan Wan Azizah bahawa langkah menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu adalah bagi mengecilkan perkhidmatan awam untuk mengurangkan beban pencen tidak dapat diterima kerana masalah yang dihadapi PH bukannya disebabkan perkhidmatan awam.

Sebaliknya, masalah ini disebabkan kejahilan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan PH sendiri dan perlu diatasi dengan pengakuan bahawa tindakan beralih ke sistem SST dan melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan punca segala kemelesetan.

Dengan pengakuan ini, PH mampu beralih semula ke sistem GST dan memecat Guan Eng agar pendapatan negara mampu ditingkatkan secara berperingkat tanpa perlu lagi merompak Petronas dan badan-badan lain yang berkaitan.

RJ RITHAUDEEN


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...