Dato’ Razlan Rafii
Tugu Negara, memaparkan Sejarah seramai 11000 Askar Melayu tumpas kepada Tentera Jepun dan Komunis.
Di zaman Kerajaan Pakatan Harapan, Tentera Jepun di angkat sebagai wira, wira yang akan di kenang sebagai apa pun kita tidak tahu.
Yang pastinya, Kerajaan PH terhutang budi kepada Negara Jepun apabila Jepun memberikan Bon Samurai Kepada Kerajaan PH.
Adakah Darah Askar Melayu, darah ketua Kampung, darah Imam-imam yang tumpah dikala mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu ketika itu mahu di ubah oleh Kerajaan PH ?
Cerita anak-anak kecil di bunuh, bini-bini orang di rogol, suami-suami orang dipancung, rakyat makan ubi kayu, semua tak boleh keluar rumah, peniaga-peniaga cina di seksa, orang-orang india di ladang tidak diberi makan dan rumah dibakar.
Kerajaan PH tidak sensitif dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Mereka tidak sensitif kepada keganasan Tentera Jepun yang menimpa rakyat Tanah Melayu ketika itu.
Kita faham, hari ini, DAP adalah dominan kepada Keranaan PH. Kenapa perlu mengikut telunjuk DAP terhadap perubahan sejarah Tanah Melayu yang mereka mahu laksanakan?
Mana pemimpin Melayu yang sepatutnya menpertahankan maruah Askar Melayu yang sudah terkorban? Siapakah yang perlu diingati? Askar Tanah Melayu atau Tentera Jepun yang zalim terhadap Rakyat Tanah Melayu?!
Makin pelik kerajaan PH ni. Mungkin dalam perancangan Malaysian Malaysia, salah satunya adalah menghilangkan nama “Melayu” sebagai sejarah Malaysia seperti yang dilakukan di Singapura apabila mengubah sejarah Negara itu.
