PH hadapi krisis keyakinan dari rakyat

Muhammad Khalil Abdul Hadi. Sumber: Harakah

Muhammad Khalil Abdul Hadi

PAKATAN Harapan (PH) sebenarnya sedang menghadapi krisis yang amat besar, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap PH sebagai Kerajaan walaupun baharu 9 bulan memerintah. Boleh kita lihat secara terang sekarang rakyat sudah mula menolak PH terutamanya selepas kekalahan dalam PRK Cameron Highland.

Rakyat mula mempersoalkan kewibawaan PH sebagai Kerajaan. Ada beberapa contoh jelas yang menggusarkan rakyat seperti pelantikan Ahli Lembaga Pengarah YADIM, isu ICERD, kes yang membabitkan kematian Almarhum Muhammad Adib dan lain-lain lagi yang membabitkan isu agama dan pengurusan sosial.

Isu Tabung Haji, janji manifesto untuk menangani masalah ekonomi, rakyat dan negara tidak ditunaikan, tiada pelan penambahbaikan ekonomi negara serta amalan Federalisma yang tidak adil seperti berdolak-dalik berkaitan agihan royalti terhadap Kelantan dan Terengganu adalah di antara isu ekonomi dan Federalism yang menghakis keyakinan rakyat.

Kepercayaan rakyat juga mula terhakis terhadap integriti PH sebagai Kerajaan dan institusi badan Kehakiman Negara. Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng tiba-tiba digugurkan, isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara serta isu menari Menteri Kehakiman, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang jelas mengecewakan rakyat.


Krisis tersebut berlaku akibat dominasi DAP dalam PH. Rakyat melihat DAP seperti tangan ghaib di belakang tabir yang mencatur pentadbiran negara walau bukan Lim Kit Siang yang menjadi Perdana Menteri. Mampukah Kerajaan PH bertahan akibat krisis keyakinan rakyat ini atau nasib PH seperti telur di hujung tanduk?

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber: Harakah Daily


Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would allow us bring more such content in the future. And it only takes a minute. Click the donate button below to make a contribution.

Alternatively, send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...