PH, KHALID SAMAD HARUS TUMPU TUMBANGKAN MAHIADDIN YASSIN TERLEBIH DAHULU

Khairuddin Abu Hassan

ڤه، خالد صمد هاروس تومڤو تومبڠكن ماهيا الدين يسٓ ترلبيه دهولو

Terlalu awal untuk menentukan siapa yang bakal mengambil-alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Mahiaddin Mad Yassin tumbang.

Apabila Perdana Menteri kerajaan ‘tebuk atap’ tumbang dan hilang keabsahan secara rasmi pada waktu itu kita semua kena serah kepada kebijaksanaan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan proses Parlimen untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.




Semua pihak harus fokus untuk jatuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN terlebih dahulu yang sedang merosakkan keseluruhan institusi negara kita yang tercinta ini.

Mahiaddin Mad Yassin adalah seorang Perdana Menteri yang gagal yang sedang menerajui kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang gagal!!

Pada hemat peribadi saya; kita mengalu-alukan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tiada Ahli-Ahli Parlimen PH yang akan menyokong Mahiaddin Mad Yassin pada proses undi percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen nanti.

Sikit sebanyak kenyataan ini dapat menempis pembohongan yang sedang diwar-warkan oleh Mahiaddin Mad Yassin bersama kuncu-kuncunya yang menyatakan 20 Ahli-Ahli Parlimen PH bakal menyokong kerajaan ‘tebuk atap’ PN tanpa syarat.

Presiden PAS yang mengeluarkan kenyataan ini semalam di kediaman beliau di Kuala Terengganu selepas perjumpaan lebih sejam dengan Perdana Menteri yang gagal.

Apapun, masih terlalu awal untuk namakan mana-mana individu sebagai calon Perdana Menteri agar tidak kelihatan kita terlalu taksub untuk berebut jawatan hendak jadi Perdana Menteri.

Rakyat sudah tidak boleh ‘tolerate’ dengan sikap pemimpin-pemimpin politik untuk berebut kuasa pada hari ini.

Loading...

Selepas melalui proses Istana Negara dan Dewan Rakyat untuk memilih calon Perdana Menteri maka pada waktu itu sesiapa saja yang terpilih maka semua pihak kena akur serta menghormati keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...