PH Khianat Kepercayaan Rakyat!

Dato’ Razlan Rafii

1. Pengkhianatan Kepercayaan Rakyat Oleh Kerajaan PH berkenaan Isu Statut Of Rom membuktikan bahayanya Kuasa 2/3 oleh Kerajaan, sekarang kita tahu, kenapa PH sangat-sangat mahukan 2/3 kuasa Parlimen !!

2. Apabila Kerajaan Menandatangani Statute Of Rome, ia membawa kepada pengertian bahawa Kerajaan PH memacu Negara ke arah Sebuah Negara Republik, negara yang menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

3. Syed Saddiq yang beriya-iya mahukan Statut ini di menterai! Beliau masih mentah dan tidak faham erti Konvension ini! Hanya mengikut telunjuk DAP dan Peguam Negara!! Budak mentah ini membahas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail tanpa soal siasat.


4. Thomy Thomas, selaku Peguam Negara telah mendalangi statut ini!! Beliau seharusnya bertanggunjawab terhadap Tindakan Kerajaan yang menandatangani konvension ini, apa yang kita nak harapkan kepada Seorang yang bergambar dengan bapak Komunis !!

5. Kemahuan DAP terhadap Malaysian Malaysia telah meresap tanpa sedar didalam Kerajaan PH!! Kerajaan PH yang mengkhianati Perlembagaan Negara, PH cuba melaksanakan dasar/dasar negara kearah Republik dan mereka menggunakan Undang-undang Antarabangsa bagi merealitikannya.

6. Sebelum ini ICERD!! Hari ini statut of Rom, selepas ini apa? Rakyat perlu bangkit dan lantang menyuarakan isu ini, DAP yang menjadi Dominan kepada Kerajaan PH akan terus menerus menpergunakan Peguam Negara bagi membawa Negara ini kearah Malaysian Malaysia.

7. Apabila Perdana Menteri menyatakan menarikan ini adalah kerana disebabkan KEKELIRUAN, adakah bermakna Kabinet secara dasarnya bersetuju dan menunggu masa untuk meretifikasikan sekira rakyat faham ?

8. Apabila ICERD dicadangkan untuk diretifikasi dan Menteri Luar beriya-iya mahukan ianya ditandatangani, adakah itu sama makna dengan penarikan semula Statute Of Rome ?

9. Jawapannya mudah – kerajaan PH dengan niat dan tergesa-gesa untuk meretifikasi Konvension Antarabangsa kerana mahu membawa Negara ini kearah Negara Liberal! Yang mahukan samarata!!

10. Patik Memohon Ampun kepada DYMM Tuanku Agong, patik pacar yang hina menjunjung titiah Baginda, Daulat Tuanku, semoga Negara ini terus dibawah naungan DYMM Tuanku Agong.

Razlan Rafii, Aktivis Rakyat

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...