PH sukar pertahan kerajaan jika PRU15 awal

“Perbalahan sesama pemimpin-pemimpin PH makin ketara” – RJ Rithaudeen. Sumber (gambar): TTF

PAS yakin sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat Pakatan Harapan (PH) sukar untuk mempertahankan kerajaan.

Baru-baru ini Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilapor mendakwa taawun perpaduan antara PAS dan Umno dianggap bersifat sementara dan akan semakin merosot menjelang PRU15.


ALOR SETAR: PAS yakin sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat Pakatan Harapan (PH) sukar untuk mempertahankan kerajaan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang kemungkinan banyak negeri akan dirampas semula pakatan PAS dan Umno.




Bagaimanapun katanya ada pemimpin PH mendakwa hubungan PAS dan Umno akan merosot menjelang PRU15.

“Tetapi yang sebenarnya hubungan mereka sesama rakan PH yang dilihat semakin merosot sekarang,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis iftar perpaduan anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Batu 9 petang semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, kepimpinan Pemuda PAS serta Umno.

Baru-baru ini Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilapor mendakwa taawun perpaduan antara PAS dan Umno dianggap bersifat sementara dan akan semakin merosot menjelang PRU15.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...