Piagam Muafakat Nasional PAS-UMNO garis enam hasrat utama

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menandatangani piagam kerjasama politik selepas lebih 60 tahun menjadi seteru sambil disaksikan ribuan penyokong kedua-dua parti pada acara kemuncak Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sumber (gambar): FMT

Enam hasrat utama Piagam Muafakat Nasional digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Piagam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ahmad Zahid berkata, permuafakatan ini antara UMNO dan Pas berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan kita serta Ia bukan semata-mata agenda politik.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, demi kelangsungan piagam, pertelingkahan hendaklah dielakkan.

“Kita tidak harus bersaing sesama sendiri. Sejarah membuktikan, pergeseran seringkali berakhir dengan kemusnahan. Tragedi Andalusia, Istanbul dan hancurnya Empayar Melayu-Islam Melaka menceritakan segala-galanya.


KUALA LUMPUR: Enam hasrat utama Piagam Muafakat Nasional digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Piagam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, antara perkara tersebut ialah berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.

Ahmad Zahid berkata, permuafakatan ini antara UMNO dan Pas berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan kita serta Ia bukan semata-mata agenda politik.


“Akidah Islam mengikat orang Islam dengan segala aturan hukum Islam. Sewajarnya penyatuan ummah ini hendaklah berpandukan kepada akidah dan keikhlasan.

“Penyatuan Ummah merupakan fardu kifayah, mendukungnya adalah suatu tuntutan Islam.

“Selama ini orang bukan Islam membaca gelagat dan keperibadian orang-orang Islam dalam merumuskan persepsi mengenai Islam. Sudah tentulah penyatuan ini akan mengembalikan semula teladan agung umat Islam kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata, permuafakatan itu perlu dilihat sebagai penyelesaian terhadap permasalahan hari ini dalam usaha mewujudkan kedamaian, keharmonian dan pembelaan nasib rakyat.

“Gagasan Muafakat Nasional ini menawarkan pelbagai dasar alternatif dalam menzahirkan prinsip semak dan imbang, hala tuju yang lebih pragmatik, realistik dan mampan.

“Muafakat ini adalah pilihan utama menggantikan pentadbiran kakistokrasi yang telah mengakibatkan negara menjadi negara gagal,” katanya.

Menurutnya, permuafakatan itu juga menjaga dan menjamin hak semua kaum dan bangsa.

“Sejarah telah membuktikan, selama memerintah, kita menjunjung Perlembagaan dan kontrak sosial yang dibentuk oleh pengasas kemerdekaan negara.

“Kita tidak pernah merampas hak sesiapa. Negara pasti aman sejahtera jika semua pihak mendokong keluhuran Perlembagaan dan menghormati kedaulatan undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, demi kelangsungan piagam, pertelingkahan hendaklah dielakkan.

“Kita tidak harus bersaing sesama sendiri. Sejarah membuktikan, pergeseran seringkali berakhir dengan kemusnahan. Tragedi Andalusia, Istanbul dan hancurnya Empayar Melayu-Islam Melaka menceritakan segala-galanya.

“Perpecahan ummah mendatangkan mudarat besar. Insaflah, jangan kita mengulangi kesilapan masa lampau,” katanya.

Katanya, selama ini tonggak kepimpinan Melayu bersama rakan-rakan setia telah terbukti bertanggungjawab dan mampu menerajui masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kecelaruan pentadbiran kerajaan sekarang kerana ketiadaan tonggak kepimpinan Melayu yang berani dan berwibawa.

“Saya pasti UMNO dan Pas boleh menggalas tanggungjawab besar dalam menangani kemelut politik sekarang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Muafakat Nasional merupakan formula terbaik ke arah tawaran baru mewujudkan sebuah negara yang aman sejahtera untuk generasi akan datang.

“Ia perlu dipertahankan demi menjamin kelangsungan masa depan mereka. Pemangkin kejayaan permuafakatan ini bergantung kepada anak-anak muda.

“Tidak lupa juga peranan kaum wanita dan muslimat sebagai pendorong dalam melaksanakan misi suci ini. Pastikan perjuangan ini berterusan dan tidak terputus di tengah jalan. Penyatuan ummah ini, hendaklah dipupuk, disubur dan dipertahankan untuk selama-lamanya,” katanya.

Jangan ada hasad dengki, khianat dan iri hati sesama sendiri

Presiden UMNO itu turut meminta semua pihak berazam supaya tidak akan berhasad dengki, khianat, iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

“Kita berazam akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. Kita juga berazam akan bersama-sama mendepani sebarang halangan, cabaran luaran dan dalaman, demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Marilah kita berazam, kita tidak akan mengetepikan sesama kita dalam apa sahaja keadaan. Seandainya ada sebarang perbezaan pandangan, pendapat dan kehendak.

Ia perlu dirujuk secara musyawarah berlandaskan kepada sumber hukum, nas al-Quran, hadis, qias dan itjmak ulama,” katanya.

Tegasnya lagi, kejayaan permuafakatan UMNO dan Pas memerlukan dokongan semua rakyat di seluruh negara.

“Dari kota besar ke pergunungan. Dari daratan membawa ke pulau terpencil. “Muafakat ini untuk Melayu, muafakat ini untuk Cina, muafakat ini untuk India, muafakat ini tentunya juga untuk Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asli dan pelbagai masyarakat pribumi,” katanya.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...