Pihak berkuasa harus segera mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim kerana sebar berita palsu [BUKTI DISERTAKAN]

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ڤيهق بركواس هاروس سڬرا مڠمبيل تيندقن ترهادڤ انور إبراهيم كران سبار بريتا ڤلسو

Anwar ibrahim bukan calang-calang orang, beliau adalah ‘Perdana Menteri menanti’ dan calon ketua pembangkang yang harus mempunyai fakta tepat terlebih dahulu sebelum hendak buat kenyataan.

Malangnya, beliau telah menyebar berita palsu secara sengaja melalui rakaman video (bawah) yang menyatakan koperasi kedai judi dibenarkan buka bawah ‘perintah kawalan pergerakan bersyarat’ (PKPB).

Bersambung selepas video




Ini satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab yang tidak seharusnya datang dari mulut tokoh pemimpin ‘berpenyakit’ yang bercita-cita rakus untuk berpaut pada kuasa.

Pihak penguatkuasa undang-undang mesti siasat seterusnya mengambil tindakan tegas keatasnya.

Anwar seharusnya tidak cuba hendak bermain politik di saat negara sedang menghadapi musibah pandemik covid-19.

Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas di saat ini tidak boleh dimaafkan khususnya sesuatu isu yang tidak betul yang boleh mengelirukan rakyat.

Undang-undang mestilah telus, adil serta saksama tanpa mengira siapa individu yang melakukan kesalahan.

Kita ingin melihat apa tindakan pihak penguatkuasa undang-undang terhadap anwar ibrahim dalam isu menyebar berita palsu ini.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...