
“Kegilaan Anwar Ibrahim amat kronik sehingga beliau boleh mengadakan sidang akhbar secara terbuka menyatakan kerajaan ‘pintu belakang’ sudah tumbang kerana hilang sokongan dan secara terbuka juga Anwar Ibrahim buat kenyataan palsu yang beliau mempunyai cukup jumlah sokongan dari ahli-ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baru yang lebih kukuh”
Khairuddin Abu Hassan
ڤيهق بركواس، ايستان نڬارا هاروس امبيل تيندقن تڬس ترهادڤ انور
Memandangkan pelbagai laporan polis telah dibuat keatas Anwar Ibrahim; pihak penguatkuasa undang-undang serta Istana Negara harus ambil tindakan undang-undang paling keras terhadap Anwar Ibrahim agar perkara sia-sia seumpama ini yang memudaratkan negara tidak berulang lagi.
Anwar Ibrahim ‘berpenyakit’ dan sudah beberapa kali bertindak mengancam kestabilan politik mahupun ekonomi negara.
Perbuatan jahat Anwar Ibrahim ini tidak boleh dipandang sepi dan ianya meninggalkan satu implikasi politik serta ekonomi yang merugikan negara kita.
Dari awal lagi saya sudah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tiada sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli parlimen.
Hari ini terbukti secara jelas Anwar Ibrahim adalah ‘kaki penipu tersohor’ dan telah melanggari keluhuran undang-undang tanahair kita yang tercinta ini.
Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya nyatakan bahawa pihak penguatkuasa undang-undang harus tahan ‘manusia berpenyakit’ ini di bawah akta SOSMA.
Perbuatan keji dan terkutuk Anwar Ibrahim ini mengancam keselamatan negara pada hakikatnya.
Kegilaan Anwar Ibrahim amat kronik sehingga beliau boleh mengadakan sidang akhbar secara terbuka menyatakan kerajaan ‘pintu belakang’ sudah tumbang kerana hilang sokongan dan secara terbuka juga Anwar Ibrahim buat kenyataan palsu yang beliau mempunyai cukup jumlah sokongan dari ahli-ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baru yang lebih kukuh.
Dalam masa yang sama kita juga berdoa agar kerajaan ‘pintu belakang’ Muhyiddin Yassin juga bakal tumbang dalam masa terdekat ini.
Insya-allah, saya yakin sesuatu yang bakal menjerumus keatas penubuhan kerajaan baru tapi bukan dipimpin oleh Anwar Ibrahim akan berlaku jua akhirnya.
Keseluruhan rakyat malaysia harus sabar dan sama-sama berdoa agar kerajaan ‘tebuk atap’ Muhyiddin Yassin serta Anwar Ibrahim akan tumbang buat selamanya, Ameen.
Dalam masa yang sama saya bersyukur kerana keseluruhan rakyat malaysia dan dunia sudah mengetahui secara sahih bahawa Anwar Ibrahim ‘berpenyakit’ dan seorang ‘kaki penipu nombor satu negara’.
Cuma persoalannya sekarang saya hendak tanya para penyokong taksub Anwar Ibrahim apa sudah jadi?
Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh menipu DYMM Yang Di-Pertuan Agong dengan hanya mempersembahkan jumlah tanpa senarai ahli-ahli parlimen yang lengkap yang kononnya menyokong beliau?
Niat Anwar Ibrahim amat jahat dan licik! Beliau mempersendakan Institusi Diraja, undang-undang serta perlembagaan.
Pada realitinya, ‘modus operandi’ Anwar Ibrahim hanyalah untuk memancing ahli-ahli parlimen semata-mata.
Presiden PKR ini memang ‘gila’, dan hanya orang ‘gila’ saja yang akan menyokong Anwar Ibrahim ‘berpenyakit’ pelik ini.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
