
Beberapa mesej WhatsApp yang disebarkan pihak tertentu mengesahkan terdapat satu usaha komprehensif untuk menimbulkan suasana tegang bagi menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat merusuh kerana Zakir Naik.
Justeru, pihak polis diseru agar melakukan kawalan ketat dengan menghalang sebarang kehadiran media ataupun warga asing di kawasan Brickfields sepanjang hari esok.
PETALING JAYA: Beberapa mesej WhatsApp yang disebarkan pihak tertentu mengesahkan terdapat satu usaha komprehensif untuk menimbulkan suasana tegang esok bagi menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat merusuh kerana Zakir Naik.
Menurut beberapa sumber, mesej-mesej tersebut menceritakan tentang kehadiran beberapa wartawan asing yang akan berpura-pura menjadi pemerhati dan membuat rakaman serta liputan bagi memaparkan di media asing betapa bahayanya Zakir Naik dan sokongan buta masyarakat Islam terhadap pendakwah tersebut.
Justeru, pihak polis diseru agar melakukan kawalan ketat dengan menghalang sebarang kehadiran media ataupun warga asing di kawasan Brickfields sepanjang hari esok.
Masyarakat Islam turut dinasihatkan menjauhi kawasan tersebut kerana perhimpunan “Say No to Zakir Naik” esok disyaki didalangi beberapa puak minoriti berkepentingan yang cuba menimbulkan suasana huru-hara di negara ini.
Tindakan ‘turun padang’ bagi menunjukkan sokongan terhadap Zakir harus dilakukan pada hari yang lain memandangkan golongan yang menentang penetapan terus pendakwah tersebut di Malaysia adalah teramat minoriti dan disyaki disogok bagi melakukan rusuhan.
THE THIRD FORCE
