Pilihan Raya Kecil Kimanis: Semakan semula rayuan Anifah didengar sehari sebelum penamaan calon

Mahkamah Persekutuan dalam prosiding semalam menolak permohonan penangguhan PRK Kimanis. Sumber (gambar): Fail TTF

Permohonan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi menyemak semula keputusan berkaitan kerusi Parlimen Kimanis akan didengar di Mahkamah Persekutuan, Jumaat ini, sehari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi berkenaan.

Sebelum ini, peguam Anifah, Tengku Fuad Tengku Ahmad, turut memfailkan permohonan untuk menangguhkan PRK berkenaan memandangkan permohonan semakan semula terdahulu belum didengar.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam prosiding semalam menolak permohonan penangguhan PRK itu, sebaliknya menetapkan 3 Januari ini untuk mendengar kes permohonan semakan semula yang difailkan Anifah sebelum ini.

Semakan semula itu difailkan selepas beliau tidak berpuas hati dengan barisan panel hakim yang mendengar rayuannya kerana wujud keadaan bias yang boleh menyebabkan pendengaran rayuan berhubung keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya sebelum ini tidak tepat.


KOTA KINABALU: Permohonan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi menyemak semula keputusan berkaitan kerusi Parlimen Kimanis akan didengar di Mahkamah Persekutuan, Jumaat ini, sehari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi berkenaan.

Semakan semula itu difailkan peguam Anifah selepas beliau tidak berpuas hati dengan barisan hakim yang mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada awal bulan ini.




Ia berkaitan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang memutuskan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Kimanis sebagai tidak sah dan batal kerana wujud kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pengundian.

Sebelum ini, peguam Anifah, Tengku Fuad Tengku Ahmad, turut memfailkan permohonan untuk menangguhkan PRK berkenaan memandangkan permohonan semakan semula terdahulu belum didengar.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam prosiding semalam menolak permohonan penangguhan PRK itu, sebaliknya menetapkan 3 Januari ini untuk mendengar kes permohonan semakan semula yang difailkan Anifah sebelum ini.

Tengku Fuad, menerusi kenyataannya, menjelaskan bahaya akan timbul jika permohonan semakan semula itu tidak didengar sebelum hari penamaan calon dan atas alasan itu juga pihaknya memohon perintah supaya PRK ditangguhkan.

“Mahkamah Persekutuan begitu baik hati memberikan kami tarikh semakan itu awal iaitu sebelum hari penamaan calon untuk memastikan keadilan kepada semua pihak.

“Saya juga dimaklumkan beberapa hakim memendekkan cuti mereka untuk mendengar perkara itu,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya, jika permohonan semakan itu diterima, Mahkamah Persekutuan perlu mendengar semula rayuan Anifah.

Loading...

Ketika prosiding di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini, panel lima hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh, menolak permohonan Anifah untuk menangguhkan PRK dengan alasan tiada keadaan istimewa yang menyokongnya.

Anifah turut diperintah membayar kos RM90,000 kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada PRU-14, Datuk Karim Bujang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Penyandang kerusi Parlimen Kimanis selama empat penggal itu sebelum ini memohon perintah menangguhkan PRK memandangkan permohonannya untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini belum didengar.

Semakan semula itu difailkan selepas beliau tidak berpuas hati dengan barisan panel hakim yang mendengar rayuannya kerana wujud keadaan bias yang boleh menyebabkan pendengaran rayuan berhubung keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya sebelum ini tidak tepat.

Tengku Fuad sebelum ini berkata, ia disebabkan empat daripada panel lima hakim yang mendengar kes itu turut berada dalam barisan panel hakim yang mendengar rayuan Karim bagi petisyen pilihan raya yang sama sebelum ini.

“Oleh itu, bagi menghindari bias atau risiko berkaitan, satu barisan panel hakim yang baharu perlu mendengar rayuan Anifah,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...