KENYATAAN RASMI
ڤيليهن راي كچيل سليم: ڤنديرين راسمي برهوبوڠ چالون بلوك بيبس كواس كتيڬ
Semenjak Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahaya mengumumkan penglibatan calon Blackout dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim di Perak, ramai tertanya-tanya apakah kedudukan rasmi saya berhubung rancangan pencalonan tersebut.
Pertanyaan ini menjadi rancak susulan pengumuman pembentukan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti komponen Blok Bebas Kuasa Ketiga bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan kemungkinan calon Blackout bertanding di bawah lambang parti baharu itu.
Justeru, saya dengan ini mengisytiharkan sokongan padu saya terhadap calon Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir bagi Pilihan Raya Kecil kawasan DUN Slim tidak kira samada calon tersebut bertanding di bawah lambang parti baharu atau sebagai calon bebas.
Saya turut mengisytiharkan buat kali kedua keyakinan saya bahawa Blok Bebas Kuasa Ketiga, mererusi sokongan ramai pemimpin dari parti-parti lain di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sawak, akan memenangi kerusi dalam kadar yang agak tinggi dan mengejutkan semua di Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya turut menaruh harapan dan keyakinan yang amat tinggi terhadap calon Blok Bebas Kuasa Ketiga di Slim biarpun calon tersebut masih belum dinamakan. Saya percaya, beliau mampu membawa perubahan positif kepada kawasan DUN Slim dan penduduknya menerusi sokongan padu pucuk pimpinan Blok Bebas Kuasa Ketiga.
Saya turut menyeru agar pengundi Slim mengundi calon Blok Bebas Kuasa Ketiga dan menjadikan Slim titik permulaan kepada perambatan gelombang kuasa ketiga ke arah pembangunan menyeluruh negara berteraskan prinsip penyatuan dan perpaduan ummah serta kesejahteraan seluruh warga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Saya membuat pengisytiharan ini berbekalkan keyakinan bahawa pembangunan yang bakal dibawa oleh Blok Bebas Kuasa Ketiga akan bersandar kepada visi dan misi mereka yang akan bertungkus-lumus berjuang memerdekakan negara ini dari cengkaman kekufuran dan kekhilafan pihak yang hanya mementingkan wang, kuasa dan kedudukan.
Wallahu A’lam
Raggie Jessy Rithaudeen
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
