Pilihan Raya Sabah: PAS kerah jentera bantu Perikatan Nasional, ketepi Barisan Nasional?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menyelindungi tamparan hebat UMNO terhadap PAS daripada umum untuk mengelakkan akar umbi PAS daripada terus menyoal dan memperlekeh tindakan beliau melutut kepada Zahid biarpun Zahid memijak-mijak maruah PAS. Sumer (gambar): TTF

ڤرن سابه: ڤاس كراه جنترا بنتو ڤريكتن ناسيونل، كتڤي باريسن ناسيونل؟

PAS hari ini mengesahkan akan menggerakkan jenteranya bagi membantu Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau akan ke Sabah bagi melancarkan jentera partinya.

Apakah ini bermakna PAS akan berkempen hanya untuk Perikatan Nasional, bukannya rakan seprjuangannya dalam Muafakat Nasional, iaitu Barisan Nasional?

Sabtu lalu, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, sendiri menyuarakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka apabila PAS tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.


PETALING JAYA: PAS hari ini mengesahkan akan menggerakkan jenteranya bagi membantu Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau akan ke Sabah bagi melancarkan jentera partinya.




Apakah ini bermakna PAS akan berkempen hanya untuk Perikatan Nasional, bukannya rakan seprjuangannya dalam Muafakat Nasional, iaitu Barisan Nasional?

Ditanya mengenai kempen di pertembungan parti gabungan PN di beberapa kerusi, beliau berkata, ia terserah kepada strategi PN.

“Setiap hari ada mesyuarat PN bagi PRN ini, jadi kita serah kepada strategi,” katanya.

Sabtu lalu, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, sendiri menyuarakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka apabila PAS tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.

Perkara ini disahkan kepada TTF oleh sumber dalaman PAS yang berhubung rapat dengan Majlis Syura yang mengesahkan bahawa ramai di kalangan pemimpin dan akar umbi PAS pusat tidak berpuas hati dengan UMNO.

Sebelum itu, PAS, terang-terang menyuarakan hasratnya untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang Barisan Nasional yang sejajar dengan hasrat Team A UMNO dari awal lagi.

Loading...

Semalam, TTF menulis:

Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menyelindungi tamparan hebat UMNO terhadap PAS daripada umum untuk mengelakkan akar umbi PAS daripada terus menyoal dan memperlekeh tindakan beliau melutut kepada Zahid biarpun Zahid memijak-mijak maruah PAS.

Hadi sebenarnya terjerat, kerana tahu, seandainya PAS berundur daripada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, partinya tidak mungkin akan dapat bertanding lebih banyak kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 kerana PAS berpaut pada kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Barisan Nasional untuk tujuan pendanaan.

Ya, PAS memang ada hasrat untuk cuba mengembangkan sayapnya di Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi tidak cukup dana atau jentera untuk berbuat demikian kerana hubungan PAS dengan taikun-taikun Cina tidaklah seerat hubungan UMNO, MCA dan Muhyiddin dengan taikun-taikun berkenaan.

Atas dasar inilah PAS sanggup dihina, dipijak dan diperlakukan seperti sampah di Sabah oleh UMNO, sekutu MCA, malah sanggup melutut pada Zahid apabila diberitahu PAS akan terpaksa menggunakan bendera Barisan Nasional.

Dan selagi PAS tidak terjaga dari mimpi dan terus tersasar hingga mula kemaruk wang, kuasa dan kedudukan seperti UMNO, parti itu akan sentiasa duduk di bawah tapak kaki Zahid dan mereka yang ‘sewaktu’ dengannya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...