
ڤيليهن راي سابه: امنو، ڤڤبم برسليسيه ايسو كتوا منتري، زاهيد تولق ڤنچلونن حاججي اوليه محي الدين
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menolak terus perlantikan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah.
Menurut Zahid, perkara itu hanya akan diputuskan selepas pilihan raya (PRN) Sabah, bercanggah dengan pendapat sumber dalaman dari PPBM bahawa pencalonan Hajiji dipersetujui semua.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Hajiji dilantik sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan Negeri Di Bawah Bayu daripada Parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat PPBM Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji yang mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menolak terus perlantikan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah.
Menurut Zahid, perkara itu hanya akan diputuskan selepas pilihan raya (PRN) Sabah, bercanggah dengan pendapat sumber dalaman dari PPBM bahawa pencalonan Hajiji dipersetujui semua.
“BN memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN-ADUN BN dan rakan-rakan kongsi politik.
“Apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” dakwa Zahid sepertimana dilaporkan oleh portal berita.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Hajiji dilantik sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan Negeri Di Bawah Bayu daripada Parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat PPBM Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji yang mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.
Hajiji turut hadir mengiringi Muhyiddin ketika pengumuman itu dibuat.
Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan komposisi Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
