
ڤيليهن راي عموم سرنتق دڠن ڤيليهن راي سابه دالم ڤرتيمبڠن
Sebuah portal yang dilihat pro-UMNO mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Memetik sumber terdekat dengan UMNO yang tidak dinamakan, portal berkenaan, SuaraTV, mendakwa pengumuman itu bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.
UMNO pula mengumumkan secara rasmi tidak ingin menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional susulan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengumuman ini disyaki amaran awal terhadap Muhyiddin agar parlimen dibubarkan segera bagi mengelakkan situasi di mana UMNO menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional bagi mencetuskan pembubaran parlimen.
PETALING JAYA: Sebuah portal yang dilihat pro-UMNO mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Memetik sumber terdekat dengan UMNO yang tidak dinamakan, portal berkenaan, SuaraTV, mendakwa pengumuman itu bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.
“Pelbagai kemungkinan sedang di ambil kira dan perbincangan mengenainya juga telah dijalankan dengan parti-parti politik yang pro kerajaan.
“Antara yang dibincangkan sebelum ini, kebolehupayaan SPR mengendalikan PRU15 sekaligus mengawal penularan wabak Covid19,” sumber itu didakwa berkata.
Menurut portal itu lagi, sumber berkenaan turut berkata keputusan untuk mengadakan PRU15 itu telah berada di peringkat akhir.
“Insyallah sekiranya semua berjalan dengan lancar, PM akan mengadap YDP Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen,” katanya lagi.
Untuk rekod PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.
PRN Sarawak sebelum ini diadakan setahun lebih awal daripada tarikh penggal dewan undangan negerinya berakhir.
Kerajaan pimpinan Muhyiddin didakwa memiliki sokongan 113 ahli parlimen, iaitu majoriti dua kerusi berbanding 109 kerusi yang dimiliki oleh pembangkang yang terbahagi kepada dua blok utama, iaitu Pakatan Harapan dan Blok Bebas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, sokongan sebenar ahli parlimen terhadap kerajaan menjadi tanda tanya setelah seorang ahli parlimen yang asalnya didakwa menyokong kerajaan mengaku dirinya penyokong pembangkang.
Pada 19hb Mei 2020, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, menjelaskan beliau diberikan tempat duduk bersama penyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat walaupun tidak menyokong blok kerajaan.
Sokongan terhadap Muhyiddin turut menjadi tanda tanya apabila usul beliau untuk mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat hanya mendapat sokongan 111 ahli parlimen.
UMNO pula mengumumkan secara rasmi tidak ingin menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional susulan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengumuman ini disyaki amaran awal terhadap Muhyiddin agar parlimen dibubarkan segera bagi mengelakkan situasi di mana UMNO menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional bagi mencetuskan pembubaran parlimen.
Sikap ini tidak disenangi oleh PAS, yang terang-terang ingin memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 bersama kedua-dua Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
Pada 1hb Ogos, Datuk Takiyuddin Hassan secara terbuka mengaku bahawa UMNO gagal memaklumkan kepada PAS terlebih dahulu keputusannya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional.
Sebelum itu, timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menangkis rungutan beberapa pemimpin UMNO berhubung pemberian Terengganu dan Kedah bulat-bulat kepada PAS sebagai “pandangan peribadi mereka”
Kesemua ini bermakna PAS tidak berpuas hati dengan sikap UMNO yang suka membuat keputusan unilateral hinggakan terpaksa membuat teguran di umum, bukannya di meja rundingan.
Ianya turut bermakna PAS perlu membuat keputusan segera samada ingin terus bersama Muafakat Nasional atau bersama PPBM ataupun menjadi jambatan antara kedua-dua UMNO dan PPBM.
PAS turut mempunyai opsyen untuk berdiri sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 atas dasar ketidaktentuan yang berlaku dan keengganan UMNO mendaftarkan kedua-dua Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
