Pindaan Akta: Putrajaya kini boleh guna dana petroleum untuk beli vaksin

Menurut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas. Summer (gambar): NDTV.com

ڤيندأن اكتا: ڤوتراجاي كيني بوليه ڬونا دانا ڤيترولياوم اونتوق بلي ۏكسين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

PUTRAJAYA kini boleh menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), yang dihimpunkan kebanyakannya daripada sumber hasil petroleum, bagi membeli vaksin dan perbelanjaan lain untuk menangani penularan pandemik Covid-19.

Menurut The Malaysian Insight, ini adalah tambahan kepada RM17 bilion yang diluluskan bagi tahun ini dalam Belanjawan 2021 untuk Tabung Kumpulan Wang Covid-19.

Penggunaan dana KWAN dibenarkan melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 hari ini.

Ordinan darurat yang diwarta hari ini menambah subseksyen baru ke dalam Seksyen 6 akta itu, yang mana subseksyen (a) dan (b) menyatakan dana tersebut boleh digunakan sama ada untuk Dana Pembangunan atau pemberian pinjaman atau pendahuluan dengan syarat konsesi kepada kerajaan persekutuan atau pemerintah dari mana-mana negeri.


PUTRAJAYA kini boleh menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), yang dihimpunkan kebanyakannya daripada sumber hasil petroleum, bagi membeli vaksin dan perbelanjaan lain untuk menangani penularan pandemik Covid-19.

Menurut The Malaysian Insight, ini adalah tambahan kepada RM17 bilion yang diluluskan bagi tahun ini dalam Belanjawan 2021 untuk Tabung Kumpulan Wang Covid-19.




Penggunaan dana KWAN dibenarkan melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 hari ini.

Menurut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.

Menurut seksyen 5 (c) akta itu, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang mendapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis.

Sumbangan ke dalam Kwan juga boleh datang dari mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya merangkumi penyelidikan atau pengembangan sumber alam yang akan habis.

Menurut Malaysiakini, ordinan darurat yang diwarta hari ini menambah subseksyen baru ke dalam Seksyen 6 akta itu, yang mana subseksyen (a) dan (b) menyatakan dana tersebut boleh digunakan sama ada untuk Dana Pembangunan atau pemberian pinjaman atau pendahuluan dengan syarat konsesi kepada kerajaan persekutuan atau pemerintah dari mana-mana negeri.

Seksyen baru (c) ini menyatakan dana Kwan boleh digunakan untuk “pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan brhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Pada 31 Mac lalu Putrajaya mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 yang memberi kuasa Perdana Menteri (PM), Ketua Menteri (KM) atau Menteri Besar (MB) meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Loading...

Ini bermakna ketua kerajaan dan ketua kerajaan negeri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh The Malaysian Insight dan Malaysiakini

WAJIB BACA:

#TamatDarurat: Apakah ini sebabnya Anwar tidak kelihatan di perkarangan Istana Negara?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...