Pintu pagar Istana Negara ‘luas terbuka’ menantikan kehadiran Anwar mengadap Agong

“Pintu pagar Istana Negara sudah ‘luas terbuka’ menantikan kehadiran Anwar untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan 149 akuan bersumpah tersebut agar Anwar boleh menjadi Perdana Menteri dengan kadar segera”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, saya memberi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh sehingga 12 tengah hari ini untuk menjawab persoalan samada beliau menjual nama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO dengan memalsukan Akuan-Akuan bersumpah mereka dengan niat menipu Yang di-Pertuan Agong.

Akuan-Akuan bersumpah yang disyaki palsu ini dimiliki oleh orang-orang tertentu yang betul-betul berada di sekeliling Anwar.


Saya mengesyaki bahawa Anwar sememangnya mempunyai perancangan jahat menipu Yang di Pertuan Agong bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri

Saya sudahpun melihat dan mengkaji Akuan Bersumpah Anwar sendiri yang mengisytiharkan bahawa beliau sudah memperolehi sokongan dua pertiga ahli-ahli parlimen dan bersedia menjadi Perdana Menteri.

Akuan bersumpah Anwar yang bertarikh 3hb Julai 2019 menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, apa yang tidak disebut dalam akuan bersumpah tersebut ialah perjanjian Anwar dengan DAP untuk menjadikan seorang pemimpin kanan DAP Timbalan Perdana Menteri kedua.

Anwar turut tidak tahu berkenaan 55 ahli parlimen yang setakat ini sudah membuat akuan bersumpah bagi membatalkan akuan sumpah pertama mereka dengan alasan-alasan tertentu.

Sehingga tengah hari tadi, menerusi beberapa sumber sahih, saya dikhabarkan bahawa seramai 28-31 ahli parlimen turut membuat akuan bersumpah tambahan secara peribadi kerana takut ada usaha untuk memalsukan akuan-akuan bersumpah mereka.

Apapun, memandangkan Anwar masih enggan menjawab semua pertanyaan saya dan masih enggan untuk membuat laporan polis terhadap saya sepertimana yang telah saya minta beliau buat menerusi satu sidang media (lihat bawah), saya akan memberikan Anwar “the benefit of doubt.”

Sekiranya benar Anwar mempunyai 149 akuan bersumpah ahli-ahli parlimen dari DAP, Warisan, Sarawak, Amanah, PPBM dan UMNO yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada beliau sebagai bakal Perdana Menteri, saya mengesyorkan agar Anwar tidak membuang masa dan gulingkan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pintu pagar Istana Negara sudah ‘luas terbuka’ menantikan kehadiran Anwar untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan 149 akuan bersumpah tersebut agar Anwar boleh menjadi Perdana Menteri dengan kadar segera dan melantik seorang pemimpin kanan DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Jangan buang masa Anwar, kerana masa itu bakal menjadi musuh terbesar anda. Saya masih boleh menunggu dan akan memberi ruang kepada Anwar sehingga hujung minggu ini bagi mengadap Yang di Pertuan Agong.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...