PKP 3.0: SOP kerajaan tidak masuk akal, ini sebabnya…

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤقڤ 3.0: سوڤ كراجأن تيدق ماسوق عقل، اين سببڽ…

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Dalam melaksanakan PKP 3.0, kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional menasihati rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan hanya membenarkan seorang wakil dari setiap rumah keluar membeli barang keperluan.

Maka sudah pasti setiap seorang yang keluar rumah akan hanya memberi tumpuan kepada urusan membeli bahan makanan samada daripada kedai makan atau kedai sebaneka seperti 7 eleven dan sebagainya.




Anehnya, kerajaan turut membenarkan gedung membeli belah dan pelbagai bentuk perniagaan lain untuk terus beroperasi, kononnya dengan SOP diperketatkan, seperti ketetapan bahawa tempoh membeli belah dihadkan kepada dua jam.

Kesemua ketetapan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga yang menjual bahan bukan makanan dan menyewa premis dalam kompleks membeli belah atau di tempat-tempat lain menangung kerugian jika terus beroperasi, kerana keuntungan dari penjualan yang terlalu sedikit tidak akan mengatasi bil elektrik, sewa dan gaji pekerja.

Jika peniaga-peniaga ini tutup kedai, mereka akan terpaksa membayar gaji dan sewa kepada pemilik premis perniagaan seperti biasa, kerana pemilik ini akan memberi alasan bahawa kerajaan tidak menghalang penyewa daripada berniaga.

Sebaliknya, jika kerajaan mengumumkan bahawa semua premis perniagaan selain dari kedai makanan dan serbaneka perlu ditutup, peniaga-peniaga terbabit ada alasan kukuh untuk berunding dengan pemilik premis bagi mendapatkan diskaun sewa.

Kerajaan juga boleh meluluskan bantuan “one-off” RM500 – RM1,000 kepada semua peniaga dan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad untuk membatalkan bil elektrik terakhir mereka (sebulan) agar beban hutang mereka dikurangkan.

Jadi tidak ada alasan kerajaan membenarkan premis perniagaan selain dari kedai makanan dan serbaneka untuk terus beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 demi kebaikan semua, malah tindakan menutup perniagaan ini dan membatalkan bil elektrik selama sebulan sebenarnya membantu ramai peniaga.

Saya berharap kerajaan lebih rasional dan objektif sebelum membuat sebarang keputusan, jangan hanya membuat keputusan ‘populis’ yang akhirnya merugikan kerajaan sendiri dan rakyat.

Loading...

WAJIB TONTON:

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...