
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
ڤقڤ 3.0: تيدق بوليه بري كلوڠڬارن ڤد اهلي ڤوليتيك برڬرق رنتس، نڬري
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Laporan THE MALAYSIAPOST bertarikh 12.05.2021 bertajuk “Ahli Parlimen, Adun dibenarkan rentas negeri, daerah” dipetik berkata :
“PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini hingga 7 Jun di seluruh negara menyaksikan rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) am yang ditetapkan kerajaan membabitkan aktiviti dibenarkan dan aktiviti tidak dibenarkan.
Berdasarkan SOP am PKP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), antara aktiviti tidak dibenarkan adalah merentas negeri dan daerah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan.
Kawalan ini dibantu agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan laluan keluar masuk PKP ditutup serta dikawal kemasukan oleh PDRM.
Bagaimanapun pergerakan dibenarkan bagi kes kematian, bencana alam dan lain-lain kecemasan yang dibenarkan selepas mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
Rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapat kebenaran polis.
Kebenaran diberikan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk merentas daerah dan negeri dengan tujuan urusan kerja rasmi atau melawat kawasan.
Pergerakan bagi bantuan bencana atau kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) pula, perlu mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dikawasan yang terjejas dengan bantuan disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
(Link Laporan : https://malaysiapost.com.my/…/ahli-parlimen-adun…/)
(Screenshot Laporan : Ruang Bawah Kanan)
2. Sejujurnya bagi saya, KELONGGARAN BEBAS yang diberi kepada Ahli Politik iaitu :
“Kebenaran diberikan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk merentas daerah dan negeri dengan tujuan urusan kerja rasmi atau melawat kawasan.”,
itu adalah satu KELONGGARAN BEBAS yang boleh disalahgunakan oleh AHLI POLITIK yang tidak bertanggungjawab, dan merupakan satu lagi contoh tidak baik berkenaan undang-undang DUA DARJAT yang sering diadu oleh Rakyat jelata yang prihatin dalam mematuhi kesemua syarat-syarat PKP terhadap Rakyat biasa, dan bantahan saya ini direkodkan melalui Video yang telah saya rakam pada Hari Raya Aidil Fitri sebentar tadi, dan dimuat naik di Ruang Bawah Kiri.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
WAJIB BACA:
Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat
