
ءڤقڤ رعيت بياسا نق ماكن د كداي ڤون تق بوليه، خبرڽ اد ماكن-ماكن د ڤڠرڠ؟ء
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir mempersoalkan apakah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Menerusi Twitter, Akmal berkongsi gambar Azmin yang duduk di meja bersama lima individu lain, dipercayai dirakam dalam satu majlis di Pengerang, Johor.
Azmin dan individu lain dalam foto itu dilihat sedang membaca sesuatu dengan bungkusan makanan dan air mineral dihidangkan di atas meja.
Sebelum ini Bernama melaporkan Azmin menghadiri majlis gotong royong membersihkan masjid di Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit, Pengerang.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir mempersoalkan apakah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Menurut Malaysiakini, ini selepas Azmin didapati menghadiri satu majlis perjumpaan baru-baru ini.
Menerusi Twitter, Akmal berkongsi gambar Azmin yang duduk di meja bersama lima individu lain, dipercayai dirakam dalam satu majlis di Pengerang, Johor.
Azmin dan individu lain dalam foto itu dilihat sedang membaca sesuatu dengan bungkusan makanan dan air mineral dihidangkan di atas meja.
Kesemua mereka juga dilihat memakai pelitup muka.
“Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?
“Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pun tak boleh?
“Adakah sebab menteri (maka dibolehkan)?” tulis Akmal.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Azmin dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak menteri berkenaan.
Sebelum ini Bernama melaporkan Azmin menghadiri majlis gotong royong membersihkan masjid di Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit, Pengerang.
Dia juga dilaporkan mengumumkan peruntukan kecemasan sebanyak RM100,000 untuk penyelenggaraan sistem perparitan di Pengerang, yang dikatakan menjadi punca banjir awal bulan ini.
Azmin dipetik Bernama berkata misi bantuan banjir oleh kementeriannya dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN),
“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
