PKR, DAP, AMANAH SUDAH DIRIKAN “KHEMAH BESAR PENGKHIANAT” BERSAMA KLEPTOKRAT, JANGAN AJAK ORANG LAIN TERJUN SAMA

Rakyat tercari-cari alternatif kepada Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, dan mana-mana parti atau gerombolan yang berdamping dengan “Khemah Besar Pengkhianat” di Pilihan Raya Negeri Johor sudah pasti menerima padahnya pada Pilihan Raya Umum ke-15. Sumber (gambar): TTF

“PKR, DAP dan AMANAH lebih gemar menjadi sebahagian daripada “Keluarga Besar” kerajaan pintu belakang, bukannya berjuang demi kebajikan rakyat atau ‘kestabilan politik’ tanah air. Inilah “Khemah Besar” yang didirikan oleh Pakatan Harapan dalam ertikata sebenar, namun, disebabkan pengundi sudah meluat dengan PKR, DAP dan AMANAH, ‘khemah’ mereka tidak akan memberikan sebarang impak biar 100 parti menyertainya”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤقر، دڤ، أمانه سوده ديريكن “خايماه بسر ڤڠخيانت“ برسام قليڤتوكرت، جاڠن اجق اورڠ لاين ترجون سام

Kenyataan pemimpin AMANAH kononnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu bersama ‘khemah besar’ pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat naif, bongkak dan mempamirkan sikap tidak ikhlas parti itu terhadap perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil, kegagalan mewujudkan muafakat di kalangan parti pembangkang akan memenangkan Umno pada PRN berkenaan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Ini adalah penipuan.




Hakikatnya, AMANAH terdesak setelah melihat keputusan pilihan raya negeri Sabah, Melaka dan Sarawak yang langsung tidak memihak kepada calon Perdana Menteri parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA JUGA: LANGKAH MUDA TIMBULKAN KEKELIRUAN

Di Sabah, WARISAN mencatatkan peningkatan prestasi yang amat memberangsangkan biarpun parti itu mendukung perjuangan Mahathir secara terbuka, manakala PKR hampir hangus walaupun Anwar temberang kononnya beliau ada sokongan yang meyakinkan untuk menjadi Perdana Menteri.

Di Melaka pula, PKR tidak berjaya menang walau satu kerusi sekalipun, manakala di Sarawak, DAP mengalami defisit sokongan yang begitu ketara apabila dijinakkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kesemua ini membuktikan bahawa:

1. rakyat menolak kepimpinan Anwar dan mana-mana parti yang berdamping dengannya, dan

2. rakyat menganggap Pakatan Harapan sebagai “pengkhianat mandat rakyat,” seperti juga Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Pengkhianatan ini menjadi nyata apabila Pakatan Harapan menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan yang didirikan menerusi pintu belakang dengan bantuan puak Kleptokrat.

Loading...

Bila ditanya, rakyat diberitahu bahawa MoU ini bertujuan “menstabilkan politik tanah air” agar Pilihan Raya tidak diadakan selagi krisis kesihatan masih belum ditangani.

Namun, dalam pada MoU tersebut masih hidup, beberapa ADUN blok kerajaan dan pembangkang bersubahat mencetuskan Pilihan Raya Negeri Melaka, dan tindakan mereka ini disokong penuh oleh Anwar dengan puji-pujian dan pelawaan untuk memasuki Pakatan Harapan.

Ini menimbulkan kesedaran bahawa PKR, DAP dan AMANAH sebenarnya lebih gemar menjadi sebahagian daripada “Keluarga Besar” kerajaan pintu belakang, bukannya berjuang demi kebajikan rakyat atau ‘kestabilan politik’ tanah air.

Inilah “Khemah Besar” yang didirikan oleh Pakatan Harapan dalam ertikata sebenar, namun, disebabkan pengundi sudah meluat dengan PKR, DAP dan AMANAH, ‘khemah’ mereka tidak akan memberikan sebarang impak biar 100 parti menyertainya.

Justeru, adalah tidak munasabah untuk AMANAH meminta PEJUANG menyertai khemah mereka, malah permintaan sedemikian menunjukkan betapa bongkak dan naifnya AMANAH kerana menganggap bahawa PEJUANG tidak tahu menilai tahap penolakkan pengundi terhadap Pakatan Harapan.

Hakikatnya, rakyat tercari-cari alternatif kepada Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, dan mana-mana parti atau gerombolan yang berdamping dengan “Khemah Besar Pengkhianat” di Pilihan Raya Negeri Johor sudah pasti menerima padahnya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

WAJIB BACA:

Pakatan Harapan may have ‘neutralised’ MUDA, word on the street is not good



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...