PKR, DAP menjulang nama Najib dengan menyokong belanjawan

Raggie Jessy Rithaudeen

انور، دڤ سچارا سدر منجولڠ نام نجيب، زاهيد دڠن مڽوكوڠ بلنجاوان

Pukul 10.30 malam Rabu, ketika membuat siaran live, saya menyebut tiga perkara penting berhubung undi dasar belanjawan yang berlangsung petang semalam, iaitu:

1. Setakat 8.30 malam (Rabu, 25hb November 2020), lebih 20 ahli parlimen dari UMNO cenderung untuk tidak sokong belanjawan




2. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dari pembangkang, dan

3. Apa-apa boleh terjadi antara 8.30 malam (Rabu) dan waktu pengundian belanjawan dibuat (semalam).

Kemudian, apabila dasar Belanjawan 2021 masuk fasa undi semalam, kita melihat bahawa rang undang-undng tersebut diluluskan menerusi undi suara, manakala usaha 13 ahli parlimen dari pembangkang untuk adakan undian secara ‘berbelah-bahagi’ gagal.

Ini secara tidak langsung bermakna Belanjawan 2021 diluluskan oleh pihak pembangkang, khususnya, DAP dan PKR, kerana:

1. blok kerajaan hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam Dewan Rakyat susulan kematian ahli-ahli parlimen dari Gerik dan Batu Sapi.

2. majoriti ini bagaimanapun tidak pernah dibuktikan menerusi undi

3. Tengku Razaleigh Hamzah tidak hadir ke Dewan Rakyat semalam manakala semua ahli parlimen dari blok pembangkang hadir.

Loading...

4. Memandangkan usaha 13 ahli parlimen dari pembangkang untuk adakan undi berbelah bahagi tidak disokong oleh ahli-ahli pembangkang lain, maka blok pembangkang secara sah membantu kerajaan meluluskan Belanjawan 2021.

5. Ini bermakna blok pembangkang telah menghalalkan pentadbiran Muhyiddin yang selama ini didakwa “terpincang” dan “mengamalkan politik darjat, wang, kuasa dan kedudukan (wkk).”

Setakat yang saya maklum, ahli-ahli parlimen dari DAP, AMANAH dan PKR menerima arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat malam semalam untuk mengagalkan usul undi berbelah bahagi.

Walaubagaimanapun, seramai lima ahli parlimen dari AMANAH dan seorang dari PKR menyokong usul tersebut bersama keempat-empat ahli parlimen dari PEJUANG.

Ini mencadangkan:

1. DAP terlibat secara total bersama Anwar dalam sabotaj terhadap pembangkang

2. AMANAH terbahagi kepada dua kumpulan – pro-Anwar dan anti-Anwar – sepertimana yang saya dakwa selama ini, dan

3. ada ahli parlimen dari PKR yang tidak bersekutu dengan Anwar

Oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan isu pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP sebagai syarat untuk sokongan Barisan Nasional terhadap Belanjawan 2021, DAP dan PKR secara langsung membantu julang nama Najib di kaca mata umum.

Ini memandangkan kerajaan “melutut depan Najib” sebelum dasar belanjawan diundi apabila Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengalah dan membenarkan pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP oleh semua pencarum yang menghadapi masalah kewangan.

Jika saya boleh melihat perkara ini, mustahil DAP dan PKR tidak sedar bahawa Najib akan dijulang sebagai “orang yang berjaya jinakkan Muhyiddin” seandainya belanjawan diluluskan.

Kesemua ini sejajar dengan dakwaan saya selama ini bahawa Anwar, Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bersekutu dan bersetuju agar PKR dan UMNO membentuk gabungan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya tidak pasti samada DAP menyedari perkara ini, tetapi sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa pernah secara terbuka mencadangkan agar Barisan Nasional mempertimbangkan kerjasama dengan DAP.

Apa pun, Najib dan Zahid tidak akan mengaku kewujudam rancangan ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengelakkan UMNO daripada dihukum lebih teruk oleh pengundi kerana sanggup bekerjasama dengan DAP.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...