PKR selesai isu video dulu, tak perlu bimbang urusan UMNO dan PAS

Menurut Kamaruzaman, PAS dan Umno akan menyelesaikan sendiri urusan kedua-dua parti itu dan akan mengambil jalan terbaik di samping memperkasakan kerjasama perpaduan ummah yang mula berhasil. Sumber (gambar): Harakah Daily

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menasihati PKR supaya menyelesaikan terlebih dahulu urusan dalaman parti itu sebelum memberi pandangan mengenai kerjasama PAS dan Umno. 

“Kita minta PKR selesaikan dulu urusan dalaman parti, sebab isu video tak selesai lagi, kita mintak supaya selesaikan urusan dalaman, dan biarkan urusan PAS-Umno, diselesaikan oleh kami. 

“Kami rasa buat masa ini kami tidak perlukan khidmat nasihat daripada PKR, terima kasih diatas pandangan,” ujarnya pada Majlis Sambutan dan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.


BANGI: Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menasihati PKR supaya menyelesaikan terlebih dahulu urusan dalaman parti itu sebelum memberi pandangan mengenai kerjasama PAS dan Umno.

Menurut beliau, PAS dan Umno akan menyelesaikan sendiri urusan kedua-dua parti itu dan akan mengambil jalan terbaik di samping memperkasakan kerjasama perpaduan ummah yang mula berhasil.

“Kita minta PKR selesaikan dulu urusan dalaman parti, sebab isu video tak selesai lagi, kita mintak supaya selesaikan urusan dalaman, dan biarkan urusan PAS-Umno, diselesaikan oleh kami.


“Kami rasa buat masa ini kami tidak perlukan khidmat nasihat daripada PKR, terima kasih diatas pandangan,” ujarnya pada Majlis Sambutan dan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada cabaran Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail supaya PAS dan Umno melantik Exco dari kalangan Adun kedua parti di empat negeri dikuasai keduanya.

Ujar Azan, hal tersebut bagi membuktikan yang keikhlasan kerjasama kedua parti pembangkang itu bukan retorik politik semata-mata.

Turut kelihatan dalam majlis sama, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia,  SenatorUstazah Nuridah Mohd Salleh serta Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim.

Juga Ketua Umno Bahagian Bangi, Dato’ Mohd. Zaidi Md. Zain dan Ketua Pemuda IKATAN, Mohd Shahir Adnan serta beberapa lagi pimpinan dari Badan Bukan Kerajaan ISMA, Berjasa dan Ummah.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...