PKR, UMMO tidak boleh diselamatkan lagi

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa berkisar di sekitar Agama, Bangsa dan Negara. Bagi Mahathir, DAP masih lagi boleh dikawal walaupun bersikap oportunis, tetapi Anwar dan Team A merupakan musuh besar kerana sangup menggadaikan maruah Bangsa walaupun bergelar Melayu-Islam”

Raggie Jessy Rithaudeen

Kemaruk kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan UMNO menyebabkan pelbagai pertemuan pintu belakang diadakan kebelakangan ini melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Biarpun bersekongkol dengan PAS dan PPBM untuk kembali ke tampuk kepimpinan negara, beberapa pemimpin UMNO memberi persepsi kononnya parti itulah yang membolehkan Pakatan Harapan tumbang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.




Ini tidak benar.

Bukan hanya Langkah Sheraton tidak mampu berjaya seandainya Datuk Seri Azmin Ali tidak membawa keluar sembilan ahli parlimen dari PKR, beberapa pemimpin UMNO dari Team A dan Team B turut berurusan dengan Azmin dan memujuknya untuk meninggalkan PKR.

PAS pula bersetuju untuk berganding bahu dengan Azmin kerana tahu pengunduran Azmin mampu melumpuhkan Anwar yang tidak disukai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru, kingmaker dalam Langkah Sheraton tak lain tak bukan Azmin Ali, yang menjadi orang tengah dalam rundingan antara pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PPBM.

Azmin turut merupakan penasihat utama Muhyiddin dan meyakinkan UMNO untuk menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri apabila Muhyiddin menyuarakan ketersediaannya untuk menjawat jawatan tersebut.

Jadi tidak benarlah persepsi yang ditimbulkan oleh UMNO kononnya parti itu membolehkan Pakatan Harapan tumbang dan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin UMNO terdesak untuk kembali berkuasa dan membuat pelbagai percaturan rahsia sebelum Langkah Sheraton, termasuk di rumah Najib, bagi membincangkan idea-idea Azmin, termasuklah isu pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Loading...

UMNO tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju dengan idea Azmin. Sekiranya UMNO meminta agar Zahid dijadikan Perdana Menteri, sudah pasti Langkah Sheraton tidak akan berjaya kerana Muhyiddin tidak akan menerima cadangan itu.

Ini bermakna, UMNO amat memerlukan Azmin dan Muhyddin untuk kembali berkuasa dan tahu dari awal lagi bahawa Azmin merupakan orang kanan Muhyiddin dan pasti akan diberikan jawatan kanan dalam kerajaan.

Walaubagaimanapun, selepas Langkah Sheraton, UMNO berpura-pura terkejut apabila Azmin diberikan jawatan paling kanan dan menggunakan isu itu sebagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam Perikatan Nasional.

UMNO dikatakan sudah merancang dari awal lagi untuk melumpuhkan Muhyiddin dengan bantuan Anwar. Anwar pula dikatakan berusaha untuk meyakinkan seluruh PKR, DAP dan AMANAH untuk membentuk gabungan bersama Barisan Nasional.

Itulah sebabnya UMNO tidak ingin terlibat secara langsung dalam Perikatan Nasional atau mendaftarkan Muafakat Nasional.

Menurut perkhabaran, Zahid dan Najib ingin penglibatan UMNO dengan kerajaan “sekadar kerjasama antara ahli-ahli parlimen” supaya mudah bagi Team A meruntuhkan Perikatan Nasional bila tiba masanya.

Bermula di penghujung tahun 2020, beberapa pemimpin Team A mula berurusan dengan kedua-dua Anwar dan DAP untuk membincangkan kerjasama Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional.

Sambil itu, Team A bertungkus lumus cuba mendapatkan sokongan dari Team B dalam bentuk Surat Akuan Bersumpah supaya Anwar boleh menjadi Perdana Menteri ke-9.

Team A berharap untuk menubuhkan kerajaan bersama Anwar dan Pakatan Harapan dalam masa terdekat tanpa perlu melalui Pilihan Raya Umum ke-15 kerana tahu masyarakat Melayu-Islam akan menolak UMNO di peti undi sekiranya Barisan Nasional bekerjasama dengan DAP.

Jika Muhyiddin tumbang dan Anwar mengambil alih, Zahid dan Najib boleh menggunakan tempoh dua tahun sebelum parlimen dibubarkan untuk ‘menang’ kes-kes mahkamah sebelum mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ‘menerajang’ Anwar dan DAP.

Saya difahamkan, Team A beranggapan strategi ini akan meyakinkan masyarakat Melayu-Islam bahawa UMNO sudah ‘insaf’ dan menjarakkan diri dari Anwar dan DAP Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 demi Agama, Bangsa dan Negara.

Walaubagaimanapun, Team A gagal mendapat sokongan Team B bagi pencalonan Anwar kerana Team B ingin mengelakkan berlakunya kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ya, segala perjuangan Team A hanya berkisar di sekitar kes-kes Mahkamah Zahid dan Najib dan tidak ada kaitan langsung dengan Islam atau “perjuangan penyatuan ummah.”

Team A cuba memperdaya semua, termasuk Muhyiddin, Azmin dan Anwar bagi mencapai matlamat peribadi Najib dan Zahid.

Anwar harus sedar bahawa kepimpinan UMNO kini oportunis dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan tengkuk Najib dan Zahid agar mereka boleh kembali ke tampuk kepimpinan kerajaan.

Tetapi Anwar tidak mungkin akan menyedari perkara ini kerana beliau sendiri merupakan oportunis dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan diberi peluang menjawat jawatan Perdana Menteri.

Saya percaya inilah yang dimaksudkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah apabila Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah umat Islam perlu menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik dengan “segala daya dan kekuatan” kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Ini juga sebabnya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bekerjasama dengan Team A atau Anwar, kerana bukan hanya Mahathir sudah nampak rupa sebenar Team A, perjuangan beliau sentiasa berkisar di sekitar Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi Mahathir, DAP masih lagi boleh dikawal walaupun bersikap oportunis, tetapi Anwar dan Team A merupakan musuh besar kerana sangup menggadaikan maruah Bangsa walaupun bergelar Melayu-Islam.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...