‘Plan A’ dah kantoi, wujud pula ‘Plan B’ dan ‘C’ untuk gulingkan kerajaan Mahathir

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan mengadakan satu sidang media tepat pada pukul 3.30 petang Jumaat ini, bersamaan 12 hb Julai 2019, bagi memperinci perkara-perkara berikut:

1. Usaha pihak tertentu menghalang saya daripada membuat pembongkaran lanjut.




2. Sebab sebenar ‘Plan A’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjurus kepada penggulingan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal.

3. Wujudnya ‘Plan B’ dan ‘Plan C’ bagi menggulingkan terus kerajaan Mahathir.

4. Sebab utama ‘Plan B’ dan ‘Plan C’ akan gagal.

5. Pihak-pihak yang terlibat dalam ‘Plan A’, ‘Plan B’ dan ‘Plan C’.

6. Pentingnya kestabilan politik dikekalkan sehingga PRU15. Ini termasuklah mengelakkan daripada berlakunya peralihan kuasa kepada Anwar dan usaha pihak-pihak tertentu daripada pembangkang memasuki kerajaan menerusi ‘backdoor’.

7. Sebab sebenar penyatuan Melayu-Islam menemui jalan buntu sehingga kini.

Bukti-bukti melibatkan semua pembongkaran yang telah dan bakal dibuat sudahpun diserahkan kepada 30 pihak berasingan yang akan menyimpannya sebagai langkah berjaga-jaga.

Loading...

Apapun, butiran lebih terperinci akan diberikan semasa sidang media yang akan berlangsung secara ‘live’ menerusi saluran Facebook “Raggie Jessy Rithaudeen” dan beberapa Facebook lain pada pukul 3.30 petang.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

+6016-404 9082

Saya mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media tersebut dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...