PM Malaysia cakap berbuih-buih, tapi habuk pun tak ada

“Bila Anwar ugut guna geris, dia tidak disiasat. Bila penyokong PAS berarak dengan senjata kadbod, mereka disiasat”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤي عيم مليسيا چاكڤ بربوءيه-بوءيه، تاڤي هابوق ڤون تق اد

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bila saya bercerita tentang “Islamophobia yang subur dalam pentadbiran Malaysia,” Anwar mula bercerita tentang “Islamophobia di peringkat antarabangsa”

Bila saya bercerita tentang “rasuah dan nepotisme dalam kerajaan,” Anwar mula bercerita tentang “rasuah pihak pembangkang.”




Itulah Anwar, kaki putar alam dan pakar “alih perhatian.”

Kalau hari ini saya bercerita tentang rasuah, dia bercerita tentang Islamophobia.

Kalau hari ini saya bercerita tentang Islamophobia, dia bercerita tentang rasuah.

Bezanya, dia suka bercerita tentang ‘rumah’ orang lain, saya pula suka bercerita tentang ‘rumah’ dia.

TONTON: SESUATU PELIK SEDANG BERLAKU DALAM UMNO, MUNGKIN BERGABUNG DENGAN PKR?

Bagi Anwar, rumah sendiri tak betul tak apa, tapi rumah orang lain semuanya perlu betul.

Bila saya petik kata-kata rasis dan Islamophobia orang PH, Anwar tiba-tiba bercerita tentang keris.

Musuh yang mana satu Anwar hendak ‘tikam’ dengan keris saya tak tahu, tapi ‘musuh’ yang ada dalam PH dia buat-buat tak tahu.

Loading...

Bila Anwar ugut guna geris, dia tidak disiasat.

Bila penyokong PAS berarak dengan senjata kadbod, mereka disiasat.

Itulah Anwar.

Cakap pandai, tapi habuk pun tak ada.

Orang lain tak boleh buat, semua dia seorang sahaja boleh buat.

Orang lain tak boleh berdemonstrasi, walaupun Anwar dulu raja demonstrasi.

Orang Melayu tak boleh berjumpa, tapi kumpulan LGBT boleh berhimpun.

Kerajaan tak betul tak apa, asalkan Anwar boleh cakap berbuih-buih.

Mana tahu, kalau cakap berbuih-buih, orang fikir dia Perdana Menteri yang hebat.

Demi Agama, Bangsa dan Negara



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...