“Jika Perikatan Nasional (PN) menang besar di lima (daripada enam) pilihan raya negeri yang bakal diadakan, lebih mudah bagi Muhyiddin menumbangkan kerajaan pusat tanpa penglibatan Zahid”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤي عيم سبنر دان ڤي عيم كايو
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Baru-baru ini, kita didendangkan dengan kisah pelantikan Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Wanita UMNO Noraini Ahmad sebagai pengerusi baharu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Sebelum itu, Bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub diumumkan sebagai Pengerusi baharu FELCRA.
Semua ini melibatkan orang-orang kuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan pelantikan mereka bercanggah terus dengan ikrar Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
TONTON: KEPUTUSAN MAHKAMAH KES SRC NAJIB MEMBUKTIKAN ANDA DITIPU SELAMA INI, KINI APANDI ALI WAJIB DIDAKWA
Pada awalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janji PH apabila beliau menamatkan lantikan politik dalam badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Langkah ini mendapat pujian pelbagai pihak yang melihatnya sebagai bukti kesungguhan Anwar untuk memulihkan negara.
Namun, dua hari selepas langkah itu diumumkan, Zahid tiba-tiba mengumumkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.
Pengumuman ini dikecam rakyat Malaysia yang melihatnya sebagai cabaran terus kepada kepimpinan Anwar.
Ini memaksa Anwar menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan atas alasan perlunya “penyelarasan” lantikan-lantikan GLC dan badan berkanun.
Anwar mendakwa dia “tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat politik itu menjadi pengurusan, tetapi (sebaliknya) mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan.”
Ini sebenarnya pembohongan, kerana PH terang-terang berjanji untuk tidak membenarkan lantikan politik, dan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar sendiri mengarahkan supaya semua lantikan politik ditamatkan tanpa menetapkan sebarang pengecualian.
Akhirnya, Ahmad Jazlan dillantik juga sebagai Pengerusi Felcra, dan pelantikan ini meyakinkan orang ramai (termasuk penyokong PH) bahawa Anwar berada di bawah pengaruh Zahid dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Menurut sumber, tindak tanduk Zahid menimbulkan ketegangan di antara kepimpinan PKR dan DAP, malah ada dakwaan hubungan Rafizi Ramli dan Anwar agak regang disebabkan perkembangan ini.
Amat sukar bagi pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menjelaskan apa yang berlaku, dan mana-mana pemimpin yang cuba memberi alasan dikecam kiri kanan oleh penyokong mereka sendiri.
Bagi saya, ini hanya menonjolkan sifat “Perdana Menteri Kayu” yang ada pada Anwar dan aura “Perdana Menteri de facto” (Perdana Menteri sebenar) yang ada pada Zahid…
Jika saya Anwar…
Jika saya Anwar, kebimbangan terbesar saya ialah kemungkinan Zahid berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin gara-gara kedua-duanya berdepan tuduhan mahkamah.
Saya tidak berkata bahawa Muhyiddin memang sanggup bekerjasama dengan Zahid.
Say cuma berkata bahawa jika saya Anwar, perkara ini sudah pasti terlintas dalam fikiran saya, kerana Zahid dan Muhyiddin pernah bekerjasama sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan PH terdahulu walaupun Muhyiddin pada ketika itu tidak berdepan tuduhan mahkamah.
Ada tiga perkara yang akan saya pertimbangkan:
1. Jika saya tidak ‘membantu’ (lepaskan) Zahid, risikonya amat besar, kerana Zahid mungkin berjaya memasuki perjanjian dengan Muhyiddin untuk menumbangkan kerajaan pusat agar mereka boleh ‘saling bantu membantu satu sama lain’.
2. Jika saya ‘membantu’ Zahid, risikonya tetap sama, kerana Zahid mungkin berjaya memasuki perjanjian yang seakan-akan sama dengan Muhyiddin, dengan syarat Zahid menjadi Perdana Menteri atas alasan “tidak lagi menghadapi kes mahkamah.”
3. Jika Perikatan Nasional (PN) menang besar di lima (daripada enam) pilihan raya negeri yang bakal diadakan, lebih mudah bagi Muhyiddin menumbangkan kerajaan pusat tanpa penglibatan Zahid.
Disebabkan pertimbangan ketiga, saya akan sengaja menangguhkan sebarang pertimbangan untuk ‘membantu’ Zahid sehingga PRN selesai.
Saya tahu kebarangkalian PH dan BN menang di lima negeri amat tipis, kerana gelombang penyatuan Melayu-Islam menentang kerajaan terlalu besar dan makin menjadi-jadi selepas saya menekan pemimpin pembangkang.
Saya tahu saya melakukan kesilapan besar menekan pemimpin pembangkang, dan saya tahu kerajaan saya tidak akan bertahan jika GPS dan ahli-ahli parlimen BN (selain kem Zahid) menarik sokongan terhadap saya selepas PRN.
Jadi saya akan berhenti menekan pembangkang dan menumpu kepada hubungan diplomatik dengan negara lain.
Saya juga tidak ingin ‘membantu’ Zahid selagi PRN tidak selesai untuk megurangkan risiko berlaku undi protes di kalangan penyokong Cina dan India.
Setelah mengambil langkah-langkah ini, jika PH dan BN tetap kalah, saya perlu Zahid untuk terus terdesak dengan kes mahkamah dia supaya sesuatu dapat dirancang agar ahli-ahli parlimen GPS dan BN tidak meminggirkan saya.
Sehingga itu, saya tidak akan ‘membantu’ Zahid dan akan terus menjadi Perdana Menteri kayu dan membenarkan Zahid untuk melakukan apa sahaja yang dia hendak.
Selagi saya tidak yakin kerajaan saya stabil, saya tidak akan ‘membantu’ Zahid, dan jika Zahid didapati bersalah esok, saya akan terus kekalkan beliau sebagai timbalan saya asalkan beliau merayu di Mahkamah Rayuan.
Saya akan berbuat demikian kerana saya terdesak untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
TONTON: KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA SEBAB ZAHID, TAK LAMA LAGI DAH
