PMO: PM Sedang Putuskan Senarai Menteri, Timbalan Menteri

Sumber (gambar): Fail TTF

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui kenyataan hari ini, dengan senarai berkenaan akan diputuskan selepas proses pertimbangan yang cermat dan berhemah.

Ketika ini terdapat beberapa kekosongan jawatan Menteri selepas Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, selain Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga kosong berikutan tempoh sebagai Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berakhir.


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui kenyataan hari ini, dengan senarai berkenaan akan diputuskan selepas proses pertimbangan yang cermat dan berhemah.




“Perdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu.

Anwar sebelum ini memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir.

Ketika ini terdapat beberapa kekosongan jawatan Menteri selepas Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, selain Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga kosong berikutan tempoh sebagai Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berakhir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.

“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Loading...

Terdahulu, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri; Mohd Na’im (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi) masing-masing mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan semula mereka yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 3 Disember 2022, berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...