PMT, Bugis Bangkit: Ambiga, kenapa diam?

RJ Rithaudeen bersama-sama Bugis Bangkit membuat laporan terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan berhubung dakwaan Clare bahawa Najib menyogok pemimpin PAS dengan dana suapan RM90 juta. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Datuk S. Ambiga Sreenevasan didesak lagi supaya tampil membuat pengakuan yang beliau memberi maklumat kepada Clare Rewcastle Brown berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada UMNO.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, sikap berdiam diri bekas Pengerusi Bersih itu dianggap pelik.

Rithaudeen mengadakan siding media di Shah’s Village Hotel di Petaling Jaya bersama-sama Bugis Bangkit, sebuah NGO pejuang Melayu-Islam.

Pada 7 Februari lalu, Raggie telah membuat laporan ke Ambiga di SPRM Selangor berhubung kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Claire.


PETALING JAYA: Datuk S. Ambiga didesak lagi supaya tampil membuat pengakuan yang beliau memberi maklumat kepada Clare Rewcastle Brown berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada UMNO.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, sikap berdiam diri bekas Pengerusi Bersih itu dianggap pelik.

Ambiga juga sebelum ini juga enggan memberi kenyataan dengan memberi alasan kes saman sedang berlangsung di mahkamah di London, katanya.


Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Rithaudeen mengenai siasatan polis dan SPRM terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan berhubung dakwaan wang suapan RM 90 juta melibatkan UMNO dan PAS di Shah Village Hotel, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 21 FEBRUARI 2019

Namun tegas Raggie, kes itu telah pun diselesaikan di luar mahkamah dan tiada alasan untuk bekas Presiden Majlis Peguam itu mengelak diri lagi.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah membuka kertas siasatan berhubung kes dana RM90 juta ini.

“Kunci siasatan SPRM adalah Ambiga dan beliau hanya perlu mengaku ya atau tidak sahaja adakah benar apa yang Clare (Editor Sarawak Report) maklumkan bahawa RM90 juta itu dibayar Datuk Seri Najib Razak kepada Pas.

“Kalau beliau (Ambiga) jawab ya, dia harus beri bukti, kalau tiada, beliau orang yang membuat fitnah,” katanya pada sidang media bersama Bugis Bangkit hari ini.

Sidang media tersebut merupakan anjuran bersama Pergerakan Malaysiaku Tanahairku dan Kumpulan Bugis Bangkit. Sumber (gambar): TTF

Pada 7 Februari lalu, Raggie telah membuat laporan ke Ambiga di SPRM Selangor berhubung kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa memiliki bukti bahawa Ambiga juga terlibat dalam satu konspirasi bersama Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ‘Langkah Kajang’.

Katanya, Tommy ketika itu merupakan peguam di sebuah bank telah membocorkan maklumat rahsia berkenaan Khalid kepada Ambiga sebelum diberikan kepada orang tertentu di PKR.

“Saya ada banyak bukti lagi mengenai Ambiga yang saya akan dedah satu persatu selepas ini.

“Antaranya bukti Ambiga, Claire dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang berkomplot membuat konspirasi terancang ke atas pemimpin Melayu dan Islam di negara.

“Tommy pula saya minta beliau letak jawatan kerana selagi dia menjadi Peguam Negara, kes Ambiga akan disimpan di bawah karpet.

“Lepas dia letak jawatan, saya cabar Tommy boleh saman saya jika semua dakwaan saya ini tidak benar,” katanya.

Sumber:


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...