PN DIJANGKA RAMPAS SELANGOR DENGAN PEROLEHAN 32 – 36 KERUSI, ANWAR DIJANGKA TUMBANG SELEPAS ITU

“Peratus Cina yang keluar mengundi turut dijangka merosot sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding PRU15”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤن دجڠك رامڤاس سلاڠور دڠن ڤروليهن 32 – 36 كروسي، انور دجڠك تومبڠ سلڤس ايت

国盟预计将赢得 32 - 36 个席位赢得雪兰莪州,安华预计将在此之后落选

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perikatan Nasional berkemungkinan tinggi merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dengan perolehan 32-36 kerusi, berdasarkan jangkaan terkini.

Jangkaan ini adalah berdasarkan tinjauan-tinjauan yang dilakukan oleh TTF secara online dan di lapangan, di samping perbincangan dengan sumber-sumber tertentu daripada institusi kajian, pemerhati politik, pemimpin politik dan kumpulan pemikir.




Terdapat beberapa faktor yang menjadi pertimbangan utama dalam membuat jangkaan ini, dan faktor-faktor ini telah diperinci dalam live petang tadi (KLIK DI SINI ATAU IKUTI LINK DI BAWAH).

TONTON: PN DIJANGKA RAMPAS SELANGOR DENGAN PEROLEHAN 32 – 36 KERUSI, ANWAR DIJANGKA TUMBANG SELEPAS ITU

Pilihan Raya Negeri ini dijangka melibatkan boikot atau sabotaj pada tahap tertentu melibatkan jentera-jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang tidak berpuas hati dengan penipuan kedua-dua gabungan itu terhadap akar umbi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Peratus Cina yang keluar mengundi turut dijangka merosot sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding PRU15 disebabkan rasa tidak puas hati sebilangan masyarakat Cina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Masyarakat Cina turut mempersoalkan kegagalan kerajaan memenuhi hampir semua janji manifesto PRU15, termasuk menurunkan harga minyak, menurunkan kos sara hidup, menghapuskan tol serta memansuhkan atau menilai semula Akta Hasutan, antara lain.

Rakyat juga peka dengan tindakan Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan dan melibatkan ahli keluarga dalam urusan kerajaan walaupun berjanji untuk tidak berbuat demikian.

Jika DAP sekadar hilang 15 peratus sahaja undi Cina di Pulau Pinang, dan jika lebih 80peratus Melayu-Islam keluar mengundi, Pulau Pinang juga dijangka akan jauh ke tangan Perikatan Nasional.

TONTON: PN DIJANGKA RAMPAS SELANGOR DENGAN PEROLEHAN 32 – 36 KERUSI, ANWAR DIJANGKA TUMBANG SELEPAS ITU

#PMX #Anwar #PRN #Selangor #PerikatanNasional

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...