PN gesa kerajaan bersikap jujur perjelas pembatalan takbir raya saat akhir

Taker Raya Perikatan Nasional dibatalkan pada saat akhir oleh TV3. Sumber (gambar): Kosmo

ڤن ڬسا كراجأن برسيكڤ جوجور ڤرجلس ڤمبطلن تكبير راي ساعت اخير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perikatan Nasional (PN) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan stesen televisyen TV3 membatalkan slot takbir raya gabungan itu pada saat-saat akhir minggu lalu, menggesa pihak pengurusan serta kerajaan supaya bersikap jujur dalam isu ini.

Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata gabungan itu dimaklumkan menerusi e-mel lima minit sebelum siaran dijadualkan bahawa timbul “masalah teknikal”

Menyifatkan pembatalan itu sebagai keputusan tidak profesional dan melanggar kontrak, Takiyuddin berkata TV3 dan kementerian komunikasi dan digital yang diterajui Fahmi Fadzil harus tampil menafikan sebarang campur tangan politik untuk mensabotaj takbir raya pembangkang kepada rakyat.


Perikatan Nasional (PN) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan stesen televisyen TV3 membatalkan slot takbir raya gabungan itu pada saat-saat akhir minggu lalu, menggesa pihak pengurusan serta kerajaan supaya bersikap jujur dalam isu ini.

Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata gabungan itu dimaklumkan menerusi e-mel lima minit sebelum siaran dijadualkan bahawa timbul “masalah teknikal”.




“Meskipun berjanji akan memulangkan bayaran yang dibuat oleh PN sebelum itu, namun sebagai sebuah televisyen ternama dan veteran dalam dunia penyiaran negara, PN beranggapan insiden itu tidak harus berlaku sama sekali,” katanya sambil menambah alasan “masalah teknikal” tidak boleh diterima.

TONTON: KISAH KOMPLOT TUMBANGKAN KERAJAAN

Takbir Raya Aidilfitri PN dijadualkan bersiaran pada 10.20 malam pada 21 April lalu.

Menyifatkan pembatalan itu sebagai keputusan tidak profesional dan melanggar kontrak, Takiyuddin berkata TV3 dan kementerian komunikasi dan digital yang diterajui Fahmi Fadzil harus tampil menafikan sebarang campur tangan politik untuk mensabotaj takbir raya pembangkang kepada rakyat.

“Integriti TV3 dan KKD sangat bergantung kepada kesediaannya untuk bersikap telus dan profesional, terutama dalam menghormati kontrak dan janji yang dibuat secara sah dan formal,” tambahnya.

Source:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...