
(Malaysiakini): Pembangkang hari ini menyatakan kesediaan untuk menyokong cadangan Putrajaya bagi mengehadkan jawatan seseorang sebagai perdana menteri hanya kepada dua penggal.
Pun begitu, pembangkang menetapkan bagi jawatan Perdana Menteri, namun dengan satu syarat.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN-Larut), menjelaskan mereka mahu had tempoh tersebut disertakan dengan klausa yang turut menghalang seseorang perdana menteri memegang portfolio kewangan pada masa yang sama.
Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu menambah, penekanan diberikan kepada portfolio kewangan, dan pembangkang tidak bermasalah jika perdana menteri memegang kementerian lain.

Pembangkang hari ini menyatakan kesediaan untuk menyokong cadangan Putrajaya bagi mengehadkan jawatan seseorang sebagai perdana menteri hanya kepada dua penggal.
Pun begitu, pembangkang menetapkan bagi jawatan Perdana Menteri, namun dengan satu syarat.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN-Larut), menjelaskan mereka mahu had tempoh tersebut disertakan dengan klausa yang turut menghalang seseorang perdana menteri memegang portfolio kewangan pada masa yang sama.
“Cadangan untuk memisahkan tanggungjawab perdana menteri dan menteri kewangan adalah jauh lebih penting daripada melihat tempoh masa perkhidmatan seorang perdana menteri.
“Ini bermakna PN tiada masalah untuk menyokong had dua penggal jawatan perdana menteri tetapi dengan beberapa syarat, antaranya perdana menteri tidak boleh memegang jawatan sebagai menteri kewangan.
“Pendirian kami ini selari dengan prinsip kebertanggungjawaban dan pengasingan kuasa,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu menambah, penekanan diberikan kepada portfolio kewangan, dan pembangkang tidak bermasalah jika perdana menteri memegang kementerian lain.
Hal itu kerana, kata Hamzah, menteri kewangan mempunyai kuasa yang sangat luas.
Sumber:
