Polis buru pelaku kibar bendera LTTE

Pelakuan mengibarkan bendera kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap kumpulan pengganas. Sumber (gambar): Head Topics

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis kini giat mengesan pemandu mengibarkan bendera kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran tempatan mengibarkan bendera LTTE.

Ia secara langsung mengundang kemarahan warganet yang rata-rata mahukan pihak berkuasa segera mengesan pemandu terbabit.


Polis kini giat mengesan pemandu mengibarkan bendera kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hasil semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki dipercayai tiada kaitan dengan perilaku berkenaan.




“Namun, polis masih dalam siasatan untuk mengenal pasti mereka yang membawa atau berada dalam kenderaan itu,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran tempatan mengibarkan bendera LTTE.

Ia secara langsung mengundang kemarahan warganet yang rata-rata mahukan pihak berkuasa segera mengesan pemandu terbabit.

Ini kerana pelakuan itu secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap kumpulan pengganas.

Sementara itu, Huzir berkata, pihaknya akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur fitnah di akaun Facebook miliknya terhadap Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Menurut Huzir, polis akan memanggil Ahli Parlimen Pekan itu dalam minggu ini, namun enggan mengulas tarikh dan masa untuk merakam keterangan pemimpin berkenaan.

“Kita sudah berhubung dengan beliau (Najib). Ada tiga hari lagi, boleh jadi juga kalau Sabtu atau Ahad.

“Keterangannya akan dirakam di Bukit Aman. Selain itu, kita juga akan memanggil Nga Kor Ming untuk memberi keterangan,” katanya ringkas.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...