Polis dapat perintah mahkamah halang persidangan anjuran Dong Zong. Allahu Akbar!

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata polis akan bertindak tegas jika ada pihak yang enggan mematuhi undang-undang dan perintah mahkamah berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

Polis mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung di sebuah kolej di Kajang, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya membuat permohonan dan memperoleh perintah berkenaan daripada Mahkamah Kajang pada jam 3 petang, hari ini.

“Permohonan mahkamah bagi menghalang persidangan itu diadakan adalah untuk mengelak berlaku gangguan kepada ketenteraman awam yang boleh mencetuskan kegusaran orang ramai di daerah ini.

“Kita minta semua pihak menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini. Sekiranya gagal, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.


KUALA LUMPUR: Polis mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung di sebuah kolej di Kajang, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya membuat permohonan dan memperoleh perintah berkenaan daripada Mahkamah Kajang pada jam 3 petang, hari ini.




“Perintah mahkamah berkenaan sudah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada jam 5 petang tadi, justeru semua pihak dan orang ramai diminta tidak hadir ke persidangan itu.

“Ini termasuk mana-mana perhimpunan yang cuba dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), persatuan atau pertubuhan untuk memprotes persidangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis akan bertindak tegas jika ada pihak yang enggan mematuhi undang-undang dan perintah mahkamah berkenaan.

“Permohonan mahkamah bagi menghalang persidangan itu diadakan adalah untuk mengelak berlaku gangguan kepada ketenteraman awam yang boleh mencetuskan kegusaran orang ramai di daerah ini.

“Kita minta semua pihak menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini. Sekiranya gagal, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Katanya, penutupan beberapa laluan utama di Kajang berikutan persidangan itu tetap diteruskan.

Difahamkan, penutupan jalan utama itu bermula jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

Loading...

Antara laluan ditutup adalah persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

Penutupan peringkat pertama membabitkan persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit.

Peringkat kedua membabitkan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...