Polis Melaka tidak akan halang kedatangan Zakir Naik

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah selepas satu poster, “Malam Islam Bersatu” memaparkan Zakir Naik sebagai tetamu jemputan tular dalam laman Facebook dan mengundang kekeliruan segelintir pihak khususnya rakyat bukan bumiputera. Sumber (gambar): Fail TTF

Polis Kontinjen Melaka tidak mempunyai halangan untuk penceramah bebas, Dr. Zakir Naik hadir ke negeri ini, namun hanya sebagai tetamu jemputan.

“Pihak polis telah dimaklumkan tiada sebarang ceramah akan diadakan oleh Zakir Naik sebaliknya beliau hanya akan menunaikan solat sunat.

“Disebabkan itu, kita tidak akan menghalang kedatangan beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Sebarang kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan ceramah hanya boleh diberikan oleh Jabatan Mufti dan saya percaya ia tidak akan diluluskan seperti keputusan Ketua Menteri.


MELAKA: Menurut Ketua Polis negeri Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, Polis Kontinjen Melaka tidak mempunyai halangan untuk penceramah bebas, Dr. Zakir Naik hadir ke negeri ini, namun hanya sebagai tetamu jemputan.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah selepas satu poster, “Malam Islam Bersatu” memaparkan Zakir Naik sebagai tetamu jemputan tular dalam laman Facebook dan mengundang kekeliruan segelintir pihak khususnya rakyat bukan bumiputera.

Poster itu dimuat naik oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen di Facebooknya untuk pemberitahuan mengenai majlis itu yang akan berlangsung di Masjid Cina, Krubong pada 7 September ini.


“Pihak polis telah dimaklumkan tiada sebarang ceramah akan diadakan oleh Zakir Naik sebaliknya beliau hanya akan menunaikan solat sunat.

“Disebabkan itu, kita tidak akan menghalang kedatangan beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Shahrom berkata, pihaknya bagaimanapun akan memantau majlis itu nanti bagi memastikan keputusan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan Zakir Naik berceramah tidak diingkari.

“Sebarang kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan ceramah hanya boleh diberikan oleh Jabatan Mufti dan saya percaya ia tidak akan diluluskan seperti keputusan Ketua Menteri.

“Bagaimanapun, pemantauan akan dilakukan polis pada majlis itu nanti,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee turut memuat naik status di Facebooknya membantah tindakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Chee Yee berkata, beliau tidak menafikan hak penceramah itu untuk datang ke negeri ini, namun kehadirannya tidak dialukan kerana telah menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...