Polis perlu siasat Teresa Kok atas kematian Adib

Dato’ Azwanddin Hamzah

Saya ingin mengucapkan Al-Fatihah kepada saudara Adib yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Pihak kerajaan tidak boleh berdiam diri dan perlu segera membuka kertas siasatan terhadap insiden yang berlaku terhadap Arwah Adib supaya keluarga Arwah akan dapat keadilan. Pihak polis juga harus segera menahan kembali semua suspek yang begitu mudah di ikat jamin walaupun disyaki membunuh dengan niat.




Tidakkah saudara merasakan ianya begitu aneh seseorang yang di dapati bersalah dengan niat membunuh boleh berada di luar tapak tahanan polis? Saya menyeru PDRM untuk turut menahan semua ahli jawatankuasa kuil yang menerima wang dan pihak peguam yang mengarahkan berlakukunya pergaduhan.

Mana mungkin mereka boleh dilepaskan begitu saja, sedangkan ramai nitizen telah berulang kali menyebut nama Teresa Kok di media sosial? Biarpun Ahli Parlimen Bangsa DAP ini dituduh terlibat dengan syarikat pemaju, beliau masih enggan membuat laporan polis ataupun menjawab tuduhan dari nitizen. Mengapa?

Pihak polis perlu juga memanggil dan siasat YB Teresa Kok kerana pihak kerajaan seolah-olah cuba melindungi pemaju dan tidak sama sekali memanggil ahli lembaga pengarah syarikat pemaju yang terlibat.

Umat Islam Melayu perlu bangkit dan mengajukan persoalan-persoalan ini kepada kerajaan untuk menuntut keadilan kepada sahabat kita Arwah Adib dan ahli-ahli keluarganya.

Sama-samalah kita doakan Arwah Adib. Al-Fatihah



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...