Polis siasat kes langgar SOP majlis Makkal Sakti yang dihadiri Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤوليس سياست كيس لڠڬر سوڤ مجليس مقكل سقتي يڠ دحاضيري نجيب

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti  Makkal Sakti pada Ahad lepas yang dihadiri bekas perdana menteri Najib Razak.

Program khas bersantai bersama kepimpinan Parti Makkal Sakti itu diberi judul “Bossku our national pride” (Bossku kebanggaan negara).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan hari ini berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti  Makkal Sakti pada Ahad lepas yang dihadiri bekas perdana menteri Najib Razak.

Program khas bersantai bersama kepimpinan Parti Makkal Sakti itu diberi judul “Bossku our national pride” (Bossku kebanggaan negara).




Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya mengesan satu ciapan di media sosial oleh pemilik akaun Twitter Meme@Knowledge9701.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Jelasnya, hantaran tular itu mengenai beberapa individu tidak memakai pelitup muka, pada majlis yang diadakan di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur itu.

Noor Dellhan dalam satu kenyataan hari ini berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Pemilik akaun Twitter berkenaan menyoal tindakan hadirin yang tidak memakai pelitup muka pada majlis itu.

Sumber:

WAJIB BACA:

ISMAIL SABRI TAKUT DENGAN AZAM BAKI?

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...