Polis siasat Latheefa Koya dan ketulenan rakaman audio yang dibongkar SPRM [AUDIO]

Abdul Hamid berkata polis sudah menerima semua sembilan klip rakaman tersebut dan ia akan diteliti dari semua sudut, termasuk dari mana ia diperolehi. Sumber (gambar): Fail TTF

THE THIRD FORCE

ڤوليس سياست لتهيايفا كويا دان كتولينن رقمن اءوديو يڠ دبوڠكر سڤرم

Kesahihan rakaman audio yang dikaitkan dengan Najib Razak adalah antara aspek yang akan diteliti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata ketuanya Abdul Hamid Bador. Menurut beliau polis sudah menerima semua sembilan klip rakaman tersebut dan ia akan diteliti dari semua sudut, termasuk dari mana ia diperolehi.

Kata Abdul Hamid, ada tiga aspek yang akan diteliti polis, masing-masing membabitkan Seksyen 203A (berkaitan pendedahan maklumat berhubung siasatan rasmi dan Seksyen 218 (penjawat awam membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk menyelamatkan seseorang daripada seksaan) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (berkaitan menyampaikan rahsia rasmi secara salah).




Jika sabit kesalahan, setiap akta masing-masing menyediakan hukuman denda sehingga RM1 juta, penjara setahun atau kedua-duanya sekali; penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya; dan penjara sehingga tujuh tahun.

Pada 8 Jan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan sembilan rakaman audio didakwa perbualan Najib Razak dengan beberapa orang berprofil tinggi.

Antaranya, isteri bekas perdana menteri itu sendiri, Rosmah Mansor, dan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, yang pernah dilantik kerajaan BN menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Turut dikaitkan ialah bekas ketua pesuruhjaya SPRM – yang semasa perbualan itu berlangsung bertugas di Jabatan Peguam Negara – Dzulkifli Ahmad.

Perbualan didakwa dirakam secara sulit itu berlaku pada 2016 dan berkisar mengenai hal-hal berkaitan 1MDB, termasuk kertas siasatan pihak berkuasa terhadap Najib. Abdul Hamid berkata polis juga akan memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, untuk memberi keterangan.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...