Polis siasat rakaman video ucapan Zahid Hamidi

Setakat ini polis menerima sebanyak 12 laporan dan siasatan masih dijalankan. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤوليس سياست رقمن ۏيدياو اوچاڤن زاهيد حميدي

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan rakaman video ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada taklimat khas Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, siasatan kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

Semalam, media melaporkan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid secara terbuka dengan niat yang jelas mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan rakaman video ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada taklimat khas Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, siasatan kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Siasatan ke atas Ahmad Zahid dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini polis menerima sebanyak 12 laporan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid secara terbuka dengan niat yang jelas mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Sabtu lalu, Umno menganjurkan Taklimat Khas Presiden Umno di WTCKL yang dihadiri oleh ribuan penyokong parti terbabit.

Antara inti pati taklimat adalah menunjukkan solidariti ahli Umno kepada bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang dihukum penjara selama 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...