Polis siasat Tajuddin sebab tidak pakai pelitup muka

Tajuddin disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤوليس سياست تاجو الدين سبب تيدق ڤاكاي ڤليتوڤ موك

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Polis menyiasat Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video berkenaan perkara itu telah tular di media sosial.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk beri keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.


KUALA LUMPUR: Polis menyiasat Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video berkenaan perkara itu telah tular di media sosial.




Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk beri keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Sumber:

WAJIB BACA: 

Kemalangan LRT: Tajuddin pemalas, kaki putar alam, tidak prihatin terhadap kesengsaraan mangsa

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...