Politik negara porak peranda sebab Najib, Zahid, Muhyiddin dan Anwar (Pendedahan)

Anwar, Zahid, Najib dan Muhyiddin terlibat secara langsung dalam gerakan-gerakan sulit yang akhirnya memporak perandakan politik tanah air. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kalau dulu Anwar kerap mengungkit isu peralihan kuasa sehingga menakut-nakutkan ahli-ahli parlimen PPBM yang akhirnya mengkhianati Mahathir, Najib dan Zahid pula melancarkan “rancangan tiga fasa” untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dan seterusnya, Perikatan Nasional. Muhyiddin pula mengambil kesempatan daripada keterdesakan Najib dan Zahid…”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤوليتيك نڬارا ڤورق ڤراندا سبب نجيب، زاهيد، محي الدين دان انور

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Hari ini, kita melihat sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tampil ke Istana Negara untuk mempersembahkan memorandum memohon pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali gus mencadangkan beliau sebagai perdana menteri interim.

Pelantikan ini turut dicadang oleh seorang blogger yang diketahui rapat dengan Najib yang kerap membuat Live di Facebook.

Ini bukanlah perkara baru, malah dari awal lagi saya sudah mendedahkan hasrat Najib untuk kembali menjawat jawatan Perdana Menteri dan bagaimana misi ini didorong oleh isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor.




BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Namun, Najib menafikan bahawa NGO terbabit ada kaitan dengannya malah mendakwa kononnya NGO berkenaan telah dikerah ke Istana Negara oleh Perikatan Nasional.

Saya tidak menafikan bahawa kumpulan-kumpulan yang samada rapat atau berkait secara langsung dengan Perikatan Nasional terlibat dengan penularan propaganda palsu baru-baru ini untuk cuba selamatkan Tan Sri Muhyiddin.

Tetapi saya turut tidak menafikan bahawa Najib terdesak dan mengimpikan jawatan Perdana Menteri.

Anda boleh membaca pendedahan penuh berhubung rancangan tiga fasa Najib dan kuncu-kuncunya yang menjadi teras kepada perjuangan kluster mahkamah untuk kembali menerajui kerajaan menerusi link di atas.

Yang pasti, ada desakan dari sebuah NGO dan blogger Najib sendiri agar Najib dijadikan Perdana Menteri interim, dan ada juga desakan dari Pakatan Harapan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan Perdana Menteri Interim.

Tetapi adakah anda mendengar mana-mana parti atau kumpulan yang berkait dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak agar beliau dijadikan Perdana Menteri Interim?

Tidak.

Loading...

Adakah Najib, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anwar atau mana-mana pemimpin selain Mahathir mencadangkan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebarang strategi untuk memulihkan dan menyelamatkan negara daripada kehancuran yang dibawa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Tidak.

Suka tak suka, hanya Mahathir seorang yang menampilkan jalan penyelesaian keluar dari kemelut politik dan kesihatan yang melanda, manakala Muhyiddin, Najib, Zahid dan Anwar hanya pandai bercatur dan merupakan penyebab utama politik tanah air kini berada dalam keadaan huru-hara.

Kalau dulu Anwar kerap mengungkit isu peralihan kuasa sehingga menakut-nakutkan ahli-ahli parlimen PPBM yang akhirnya mengkhianati Mahathir, Najib dan Zahid pula melancarkan “rancangan tiga fasa” untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dan seterusnya, Perikatan Nasional.

Muhyiddin pula mengambil kesempatan daripada keterdesakan Najib dan Zahid untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing dengan berpura-pura memasuki perjanjian dengan UMNO.

Perjanjian ini direka atas alasan “menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri” dan “mencantas DAP dari kerajaan” dan menjurus kepada Langkah Sheraton yang membolehkan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Pada tanggapan Muhyiddin, beliau boleh mengambil alih UMNO secara beransur-ansur dengan menyogok kuasa dan kedudukan kepada beberapa ahli parlimen dari parti itu yang akhirnya akan membantunya menguasai UMNO.

Malangnya, kerajaan pimpinan Muhyiddin terlalu rapuh dan tidak berjaya menarik sokongan lebih ramai ahli parlimen, termasuk sokongan tambahan dari PKR yang dijanjikan oleh Datuk Seri Azmin Ali.

Ini menyebabkan Muhyiddin tidak mampu mengawal menteri-menterinya yang berbuat sesuka hati kerana tahu beliau teramat memerlukan sokongan mereka dan tidak mampu mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Inilah penyebab sebenar politik negara menjadi kucar kacir, dan inilah sebabnya kerajaan pimpinan Muhyiddin terlalu khusyuk bercatur sehingga wabak Covid-19 tidak dapat ditangani dengan berkesan.

Siapa yang seksa?

Rakyat yang seksa.

Siapa penyebabnya?

Muhyiddin, Zahid, Najib dan Anwar.

WAJIB BACA:

Agong beri petunjuk Muhyiddin perlu letak jawatan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...