“Cara politik permuafakatan BN adalah terbaik untuk negara. Ini kerana formula perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaumnya terbukti paling sesuai untuk memerintah Malaysia yang majmuk masyarakatnya ini”
Salleh Said Keruak
1. Dalam satu persidangan ahli Sains Politik Sedunia pada tahun 1967, Prof. Arend Lijphart menyatakan sistem politik terbaik untuk mengurus negara majmuk ialah politik permuafakatan.
2. Ciri utama politik permuafakatan ini ialah kerjasama parti pelbagai kaum dalam satu pakatan besar.
3. Malaysia adalah contoh negara paling berjaya mengamalkan sistem ini. Dalam sejarahnya, Perikatan (dan kemudiannya BN) selalu menang dalam setiap pilihan raya biarpun menghadapi pelbagai isu dan cabaran.
4. Pertanyaannya, bagaimana dengan PRU ke-14 (GE14)? Apakah Pakatan Harapan mampu mencabar BN?
5. Tentunya tidak. Ini kerana PH hanya sekadar kek icing yang nampak comel di luar, tetapi rapuh di dalam. PH ini ibarat tidur sebantal tetapi mimpi berbeza.
6. Kerjasama mereka gagal menunjukkan solidariti kerana berebut kedudukan sehingga terpaksa mewujudkan tiga jawatan tertinggi sekali gus.
7. Melihat dari aspek ini, cara politik permuafakatan BN adalah terbaik untuk negara. Ini kerana formula perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaumnya terbukti paling sesuai untuk memerintah Malaysia yang majmuk masyarakatnya ini.
Sumber: sskeruak.blogspot.my
