ڤوليتيك ءڤتيق داليل سيسوك هاتيء ترند تربارو ڤاس؟
Baru-bari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri PAS (Tawang), Datuk Hassan Mohamood dalam ucapannya di Muktamar PAS ke-66, menggunakan hadis Rasulullah S.A.W. berhubung hukuman bunuh sekiranya didapati cuba memecah-belahkan perpaduan.
Dalam hubungan ini pakar hadis, Ustaz Dr Rozaimi Ramle tampil untuk memberi pemahaman yang betul terhadap hadis tersebut, yang maksudnya:
Dr Rozaimi berkata, Al-Ityubi, memetik hadis Nabi S.A.W. “Sesiapa yang datang kepadamu sedangkan urusanmu bersatu padu pada seorang lelaki” bermaksud urusan itu bersatu pada melantik seorang imam untuk khilafah, yakni pemimpin tertinggi negara.
“Dengan nukilan di atas jelas pada kita bahawa hadis ini Nabi S.A.W. tujukan kepada mereka yang mahu melakukan pertumpahan darah dengan menyingkirkan pemimpin tertinggi negara melalui jalan kekerasan.
“Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.”

“Walaupun hadis ini sahih, pemahaman terhadap hadis ini juga perlu sahih. Dalil sahih tidak menjamin pemahaman yang sahih. Untuk memahami hadis sahih ini dengan pemahaman yang sahih kita perlu merujuk kalam ulama yang menghimpunkan hadis-hadis lain yang berkaitan dengan hadis ini.”
Antara Kalam ulama yang dirujuk oleh Dr Rozaimi ialah Al-Qurtubi, dalam al-Qurtubi, al-Mufhim, jilid 4, halaman 62.
Katanya: “Sesiapa yang ingin memecahkan urusan umat ini sedangkan bersatu padu” bermaksud urusan itu bersatu pada satu imam (iaitu, pemimpin tertinggi negara).
Dr Rozaimi berkata, Al-Ityubi, memetik hadis Nabi S.A.W. “Sesiapa yang datang kepadamu sedangkan urusanmu bersatu padu pada seorang lelaki” bermaksud urusan itu bersatu pada melantik seorang imam untuk khilafah, yakni pemimpin tertinggi negara.
“Dengan nukilan di atas jelas pada kita bahawa hadis ini Nabi S.A.W. tujukan kepada mereka yang mahu melakukan pertumpahan darah dengan menyingkirkan pemimpin tertinggi negara melalui jalan kekerasan.
“Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.”
Dr Rozaimi juga berharap dengan penjelasan tersebut, netizen tidak bertindak membunuh mereka yang berpecah dan keluar dari parti politik mereka.
“Hadis ini tidak berkait dengan mereka yang keluar parti,” tegas Dr Rozaimi.
Terdahulu, Naib Presiden AMANAH, Dato’ Mahfuz Omar menyebabkan rakyat Malaysia berada dalam satu politik yang menakutkan kerana dinafikan hak untuk membantah dasar kerajaan sekiranya dipimpin PAS.
“Pengaruh perjuangan PAS akan memaksa kerajaan Perikatan Nasional yang didokong Barisan Nasional membawa satu pendekatan keras yang sangat bertentangan dengan prinsip demokrasi dalam negara.”
Pada hakikatnya, pemimpin PAS hanya menghukum ahli yang keluar parti politik mereka sahaja. Namun bagi gerombolan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali yang menjatuhkan kerajaan yang sah, mereka raikan dengan gembira.
Persoalan yang timbul adalah, bagaimana Pas boleh tersalah dalam mentafsirkan hadis sedangkan mereka sentiasa mendakwa bahawa parti mereka terdiri daripada para ulama’ dan cerdik pandai.
Atau sebenarnya mereka mahir dalam membawa dalil bagi mengiyakan segala kesilapan dan kebejatan yang mereka lakukan demi kepentingan parti dan individu-individu tertentu.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT: