
“Johor Chinapress melaporkan, Presiden Persatuan Cina Johor Bahru kesal Najib datang menyertai aktiviti yang diadakan”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤورتل چينا لاڤور نجيب حاضر أوڤاچارا كراماين چينا د سبواه توكوڠ جوهر تنڤا دجمڤوت، تيمبول راس كسل
Datuk Seri Najib Razak datang tanpa dijemput ke satu upacara keramaian Cina di sebuah Tokong Purba di Johor tanpa pengetahuan pihak penganjur.
Ini menurut portal berbahasa Cina Johor Chinapress (johor.chinapress.com.my, klik di sini), yang memetik Presiden Persatuan Cina Johor Bahru He Chaodong sebagai berkata (rujuk tangkap layar di bawah), persatuan itu tidak mengetahui terlebih dahulu bahawa Najib akan datang.
Artikel bersambung di bawah gambar
Menurut He, dia sendiri hanya tahu Najib datang selepas beliau memasuki tokong tersebut.
Menurut Johor Chinapress, He kesal Najib datang menyertai aktiviti yang diadakan.
“Persatuan ini mengalu-alukan kerajaan dan kem pembangkang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti, tetapi aktiviti yang diadakan melarang ucapan politik, dan aktiviti yang diadakan tidak seharusnya menjadi platform politik.”
Beliau seterusnya berkata Najib tidak berucap, tetapi hanya bercakap beberapa perkataan dengan semua orang.
Ahad lalu, Najib memuat naik di Facebook beberapa gambar berhubung satu keramaian di Johor, berserta kapsyen berikut:
“Patutnya saya balik KL semalam.
“Tapi kawan-kawan Johor minta saya stay back.
“Saya kata ok nak bawa saya ke mana.
“Hari ini saya berjumpa dengan kawan-kawan masyarakat Cina di JB.
“How are you my friends? Hope we all have a good and prosperous new year.
“Saya mahu kita sama-sama memakmurkan Malaysia, meningkatkan taraf hidup rakyat dan perniagaan.”
Sebagai mengulas, saya menulis:
“Gambar ini diambil di tempat orang ramai berkumpul, berserta kapsyen kononnya Najib patut balik ke KL tapi diminta tunggu oleh ‘kawan-kawan.”
“Ini sekaligus menimbulkan persepsi kononnya orang ramai dalam gambar itu berkumpul semata-mata until berjumpa dengan Najib.
“Secara dasarnya, Najib tidak berkata demikian dan tidak menipu, tetapi posting-posting sebegini banyak diterbitkannya dan menimbulkan persepsi seolah-olah Najib ni popular gila.”
