Portal mengaitkan keluarga Zahid dengan projek mega bernilai RM1.2 bilion di Kampung Baru

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤورتل مڠايتكن كلوارڬ زاهيد دڠن ڤروجيك ميڬ برنيلاي رم1.2 بيلياون د كامڤوڠ بارو

Sebuah portal telah mengaitkan projek mega yang akan dilaksanakan oleh Jiankun International Bhd di Kampung Baru dengan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Malaysianow, projek itu melibatkan pembangunan semula tapak Flat PKNS Jalan Tun Razak dan bakal menyaksikan pembinaan beberapa menara, termasuk apartmen 52 tingkat.

Projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Jiankun International menerusi usaha sama dengan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) dan Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB). 

Ketiga-tiga syarikat terbabit dikatakan mempunyai kaitan dengan Saiful Nizam Mohd Yusoff, menantu kepada Zahid.


Sebuah portal telah mengaitkan projek mega yang akan dilaksanakan oleh Jiankun International Bhd di Kampung Baru dengan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Malaysianow (LINK DI SINI, TANGKAP LAYAR DI BAWAH), projek itu melibatkan pembangunan semula tapak Flat PKNS Jalan Tun Razak dan bakal menyaksikan pembinaan beberapa menara, termasuk apartmen 52 tingkat.




Projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Jiankun International menerusi usaha sama dengan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) dan Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB).

Ketiga-tiga syarikat terbabit dikatakan mempunyai kaitan dengan Saiful Nizam Mohd Yusoff, menantu kepada Zahid.

Malaysianow menulis:

Semakan MalaysiaNow mendapati Saiful merupakan pengarah bebas bukan eksekutif Jiankun sejak 1 April tahun lalu.

Sementara itu, Jiankun menerusi makluman di Bursa Malaysia turut menyatakan bahawa Saiful yang juga pengarah urusan MRSB, memiliki 99.999% pegangan saham di syarikat tersebut dan MRPSB.

Beliau memiliki 6,999,999 saham di MRSB dan 999,999 saham MRPSB.

Sementara itu, menurut akaun profil LinkedIn anak sulong kepada Zahid, Nurulhidayah Ahmad Zahid, beliau merupakan pengarah eksekutif MRSB sejak Mei 2017.

Loading...

Selain daripada isu berkaitan hubungan keluarga, timbul juga persoalan dari aspek nilai apabila GDV projek itu ialah RM1.2 bilion, 27 kali ganda lebih besar berbanding nilai Jiankun iaitu RM43.8 juta berdasarkan nilai sahamnya setakat 31 Januari, 2022.

Projek pembangunan semula tapak Flat PKNS itu juga dinyatakan sebagai projek hartanah terbesar yang akan dilaksanakan Jiankun setakat ini.

Menurut Jiankun menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu akan menerima 70% daripada keuntungan daripada projek terbabit, manakala baki 30% lagi kepada MRSB.

Katanya, pindaan projek itu akan diraih menerusi dana yang diraih secara dalaman, penjanaan dana ekuiti, jualan hasil pembangunan dan pinjaman bank.

“Jumlah dana yang diraih akan ditentukan oleh pengurusan pada peringkat seterusnya selepas mengambil kira paras penggearan, kos faedah dan keperluan dana dalaman untuk operasi perniagaan,” katanya.

Tapak seluas 3.7 ekar itu akan merangkumi 11 lot pegangan pajakan yang terdiri daripada tujuh lot yang mana 252 unit rumah pangsa dimiliki pemilik berbeza dibina.

Sementara itu, tiga lot dimiliki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan baki dimiliki Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...