
ڤورتل اونلاين دعوا منتري لتق جاوتن ڤتڠ اين – حقيقة اتاو ءڤراڠ ڤرسيڤسيء؟
Nota: TTF menentang keras sebarang usaha timbulkan spekulasi palsu melibatkan mana-mana pihak
Sebuah portal berita online, Suara TV, melaporkan bahawa seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini.
Memang TTF sendiri pernah mendengar cerita akan ada beberapa peletakan jawatan dalam tempoh terdekat.
Walau bagaimanpun, TTF masih belum diberitahu samada peletakan jawatan itu di peringkat kerajaan, parti atau syarikat berkait kerajaan.
Justeru, TTF tidak menimbulkan perkara ini bagi mengelak timbulnya spekulasi tidak tentu hala dan mengambil sikap “tunggu dan lihat.”
Apakah benar dakwaan Suara TV, atau adakah ini sebahagian daripada psy-war untuk cuba kucar-kacirkan keadaan?
PETALING JAYA: Sebuah portal berita online, Suara TV, melaporkan bahawa seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini.
Memang TTF sendiri pernah mendengar cerita akan ada beberapa peletakan jawatan dalam tempoh terdekat.
Walau bagaimanpun, TTF masih belum diberitahu samada peletakan jawatan itu di peringkat kerajaan, parti atau syarikat berkait kerajaan.
Justeru, TTF tidak menimbulkan perkara ini bagi mengelak timbulnya spekulasi tidak tentu hala dan mengambil sikap “tunggu dan lihat.”
Tetapi kini Suara TV mendakwa mungkin akan berlaku peletakan jawatan melibatkan seorang Menteri (lihat ‘screen capture’ bawah).
Memetik sumber, portal tersebut memberitahu, satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan perkara itu petang ini.
“Menteri tersebut merupakan ahli parlimen dari Bersatu dan beliau akan mengadakan satu sidang akhbar petang ini bagi memaklumkan perkara ini.
“Perletakkan jawatan tersebut disebabkan krisis yang melanda Bersatu,” katanya ringkas.
Portal berkenaan turut menulis, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan beberapa isu berkaitan parti itu.
Apakah benar dakwaan ini, atau adakah ini sebahagian daripada psy-war untuk cuba kucar-kacirkan keadaan?
Kita lihat.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
