Portal PAS: Menteri Besar Kedah baharu angkat sumpah dalam masa terdekat

Menurut Harakah, PN sekarang memiliki 23 kerusi (15 PAS, dua BN, dua Bebas dan empat Bersatu) sementara PH terpaksa akur dengan 17 kerusi ( dua Bersatu, lima PKR, dua DAP dan empat PAN). Sumber (gambar): Harakah Daily

ڤورتل ڤاس: منتري بسر قدح بهارو اڠكت سومڤه دالم ماس تردكت

Portal PAS Harakah Daily hari ini melaporkan seramai 23 ADUN yang mengisytihar hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Mukhriz Mahathir telah selamat mengadap Tuanku Sultan Kedah, yang bermula jam 10.00 pagi tadi.

Menurut portal berkenaan, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah dijangka akan mula mentadbir negeri apabila majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Selasa lalu, Perikatan Nasional negeri Kedah, menerusi sidang media, mengisytiharkan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan di Kedah dan berkata 19 daripada 23 ADUN yang tersebut di atas bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu di kedah bawah Perikatan Nasional.

Keesokkan harinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengisytiharkan masih memegang jawatan Menteri Besar dan mempersoal bagaimana pembangkang boleh menganggap kerajaan negeri Kedah ‘tumbang’ hanya berdasarkan dakwaan semata-mata.


PETALING JAYA: Portal PAS Harakah Daily hari ini melaporkan seramai 23 ADUN yang mengisytihar hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Mukhriz Mahathir telah selamat mengadap Tuanku Sultan Kedah, yang bermula jam 10.00 pagi tadi.

Menurut portal berkenaan, Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) Kedah dijangka akan mula mentadbir negeri apabila majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.




“Kerajaan (pimpinan) Pakatan Harapan (PH) Kedah, secara tidak langsung hilang majoriti apabila dua bekas ADUN PKR dan empat ADUN Bersatu mengishtihar menyertai PN dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ekoran dari itu, PN sekarang memiliki 23 kerusi (15 PAS, dua BN, dua Bebas dan empat Bersatu) sementara PH terpaksa akur dengan 17 kerusi ( dua Bersatu, lima PKR, dua DAP dan empat PAN),” katanya.

Selasa lalu, Perikatan Nasional negeri Kedah, menerusi sidang media, mengisytiharkan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan di Kedah dan berkata 19 daripada 23 ADUN yang tersebut di atas bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu di kedah bawah Perikatan Nasional.

Menurut jurucakap Perikatan Nasional Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, bagi menyempurnakan proses peralihan kuasa, pengerusi Perikatan Nasional di peringkat persekutuan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bakal mengemukakan nama calon Menteri Besar Kedah baharu menerusi Datuk Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah.

Perkara ini bagaimanapun disangkal oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Keesokkan harinya, beliau mengisytiharkan masih memegang jawatan Menteri Besar dan mempersoal bagaimana pembangkang boleh menganggap kerajaan negeri Kedah ‘tumbang’ hanya berdasarkan dakwaan semata-mata.

Mukhriz turut bertanya mengapa ahli-ahli DUN pembangkang begitu tergesa-gesa sedangkan mereka mengaku “tidak gilakan kuasa.”

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...