PPBM Klang terbubar, 80 peratus bahagian Selangor dijangka turut serta sokong Mahathir

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mengumumkan telah keluar Bersatu pada Khamis lalu melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya. Source (pic): Malaysiakini

ڤڤبم كلاڠ تربوبر، 80 ڤراتوس بهاڬين سلاڠور دجڠك توروت سرتا سوكوڠ محضير

Ketua PPBM Bahagian Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz sebentar tadi mengisytiharkan pembubaran bahagian itu dan permohonannya untuk menyertai parti baru yang diumumkan oleh bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad semalam.

Terdahulu, Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mengisytiharkan keluar parti dan sokongannya terhadap Mahathir.

Tindakan beliau disahut oleh seluruh ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan dan majoriti anggota akar umbi Bersatu Kuala Selangor yang bertindak keluar parti beramai-ramai.

Shaid juga dilaporkan berkata sekitar 80 peratus daripada 22 bahagian Bersatu di Selangor dijangka meninggalkan parti itu bermula hari ini.


PETALING JAYA: Ketua PPBM Bahagian Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz sebentar tadi mengisytiharkan pembubaran bahagian itu dan permohonannya untuk menyertai parti baru yang diumumkan oleh bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Kami Bersatu Bahagian Klang, Selangor dengan ini sebulat suara memohon menjadi ahli parti baru ini.




“Dengan itu kami seluruh anggota Bersatu Bahagian Klang yang diketuai oleh saya asendiri Syed Abdillah Aziz secara sebulat suara hilang segala kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat penaja Bersatu kami, dan membuat keputusan untuk membubarkan Bahagian Bersatu Klang dengan serta-merta,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Faceebook hari ini.

Terdahulu, Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mengisytiharkan keluar parti dan sokongannya terhadap Mahathir.

Tindakan beliau disahut oleh seluruh ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan dan majoriti anggota akar umbi Bersatu Kuala Selangor yang bertindak keluar parti beramai-ramai.

Shaid juga dilaporkan berkata sekitar 80 peratus daripada 22 bahagian Bersatu di Selangor dijangka meninggalkan parti itu bermula hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mengumumkan telah keluar Bersatu pada Khamis lalu melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...