PPBM minta pembangkang beri laluan Perikatan Nasional bertanding dua DUN

Parlimen Pengerang ada dua DUN, iaitu DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat. Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kedua-dua DUN ini ditandingi parti pembangkang tetapi malangnya ia kalah teruk dengan BN. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڤبم مينتا ڤمبڠكڠ بري لالوان ڤريكتن ناسيونل برتنديڠ دوا دون

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pengerang berharap Pakatan Harapan (PH) memberi laluan Perikatan Nasional (PN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan DUN Tanjung Surat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Bersatu Bahagian Pengerang, Mohd Faizal Asmar berkata, perlawanan satu lawan satu antara PN dan Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru.

Pada PRU14 yang menyaksikan perebutan kerusi antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO memenangi kerusi DUN Penawar dengan majoriti 7,134 undi manakala DUN Tanjung Surat pula dengan 4,522 undi.

Mohd Faizal berkata, jentera PN Pengerang sudah disiapkan sejak Ogos 2020 serta yakin dengan penerimaan pengundi Melayu selain akan memberi saingan sengit dengan BN.


PENGERANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pengerang berharap Pakatan Harapan (PH) memberi laluan Perikatan Nasional (PN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan DUN Tanjung Surat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Bersatu Bahagian Pengerang, Mohd Faizal Asmar berkata, perlawanan satu lawan satu antara PN dan Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Parlimen Pengerang ada dua DUN, iaitu DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat. Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kedua-dua DUN ini ditandingi parti pembangkang tetapi malangnya ia kalah teruk dengan BN.

TONTON: ISMAIL SABRI TIDAK MUNGKIN SELAMATKAN KEADAAN

Kami sedar akan perkara itu dan mengambil iktibar akan kekalahan itu. Ini menunjukkan parti-parti seperti ini masih belum diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.

Oleh yang demikian kami berharap agar parti-parti ini mengambil sikap memberi laluan kepada PN untuk berlawan dengan BN, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Pada PRU14 yang menyaksikan perebutan kerusi antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO memenangi kerusi DUN Penawar dengan majoriti 7,134 undi manakala DUN Tanjung Surat pula dengan 4,522 undi.

Mohd Faizal berkata, jentera PN Pengerang sudah disiapkan sejak Ogos 2020 serta yakin dengan penerimaan pengundi Melayu selain akan memberi saingan sengit dengan BN.

Tambahan pula, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan, beliau telah berjaya membayar hutang-hutang peneroka Felda. Hasil ‘survey’ kami, mereka semua sangat terhutang budi dengan bekas Perdana Menteri itu.

Oleh itu saya menyeru parti-parti ini berlapang dada memberi laluan untuk PN memberi saingan sengit kepada BN, katanya.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

Tawaran kerjasama Pakatan Harapan satu perangkap



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...