
ڤڤبم ڤاڬوه لومڤوه، ڤڠاسس بهاڬين عموم كلوار ڤرتي برسام 1،000 اهلي
Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Pagoh antara yang dilaporakan mengumumkan keluar daripada parti itu.
Menurut laporan, Abd Wahab Ibrahim, yang merupakan antara pengasas Bersatu bahagian Johor itu turut mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.
Sementara itu wakil Srikandi Bersatu, Rosmawati Wahab berkata, ahli Bersatu termasuk di kalangan wanita berasa dukacita dan kesal dengan keputusan Muhyiddin keluar daripada PH, dan bersama semula dengan golongan kleptokrasi.
Hadir sama pada sidang media itu adalah, Aishah Abu Bakar, Ketua Srikandi cawangan Maokiil, Hairy Mahmood dari cawangan Gugusan Jengka Beringin, Mohd Noh Dun dari cawangan Felda Maokiil, Johar Siraj, ketua cawangan Bersatu Sungai Terap dan Mohd Saiful Jamit, pengerusi tetap cawangan Bandar Pagoh Selatan.
PETALING JAYA: Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Pagoh antara yang dilaporakan mengumumkan keluar daripada parti itu.
Menurut laporan, Abd Wahab Ibrahim, yang merupakan antara pengasas Bersatu bahagian Johor itu turut mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.
“Saya Abd Wahab Ibrahim, ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Pagoh dengan ini mengisytiharkan keluar dari parti secara beramai-ramai secara serta-merta,” kata Abd Wahab yang disambut dengan laungan takbir ahli-ahli Bersatu.
Abd Wahab berkata, ahli-ahli Bersatu bahagian Pagoh meninggalkan parti itu kerana tidak lagi yakin dengan kepemimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebab utamanya ialah beliau keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tanpa ‘memberi salam’ sekalipun kepada ahli-ahli yang menyokong beliau, yang memberi beliau undi, yang membolehkan beliau menang melalui Pakatan Harapan,” katanya.
Abd Wahab, 93, veteran politik Pagoh itu berkata, menurut maklumat diterimanya seramai 1,000 ahli Bersatu juga turut bersama keluar parti.
Malah kata Abd Wahab, sebuah cawangan Bersatu di Pagoh, iaitu Simpang Empat, Sungai Terap telah terbubar berikutan peletakan jawatan pengerusi, ketua dan ahli jawatankuasa cawangan.
“Cawangan lain belum dapat dikesan lagi, tetapi ahli (yang lain) telah keluar beramai-ramai, katanya
Sementara itu wakil Srikandi Bersatu, Rosmawati Wahab berkata, ahli Bersatu termasuk di kalangan wanita berasa dukacita dan kesal dengan keputusan Muhyiddin keluar daripada PH, dan bersama semula dengan golongan kleptokrasi.
“Dulu kita semasa pilihanraya umum (PRU) ke-14 beramai-ramai bersusah-payah menjatuhkan Umno-BN, tetapi hari ini mereka bersama-sama di dalam Perikatan Nasional.
“Kami sangat kecewa. Ini adalah tanda protes kami dengan keluar parti,” kata Rosmawati lagi.
Hadir sama pada sidang media itu adalah, Aishah Abu Bakar, Ketua Srikandi cawangan Maokiil, Hairy Mahmood dari cawangan Gugusan Jengka Beringin, Mohd Noh Dun dari cawangan Felda Maokiil, Johar Siraj, ketua cawangan Bersatu Sungai Terap dan Mohd Saiful Jamit, pengerusi tetap cawangan Bandar Pagoh Selatan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
